Elak Guna 10 Font Ni Dalam Resume Kalau Korang Tak Nak Kena Reject Dengan HR!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Elak Guna 10 Font Ni Dalam Resume Kalau Korang Tak Nak Kena Reject Dengan HR!

post by Ani

by Ani

Dec 28, 2023
pada 10:34 AM

Elak Guna 10 Font Ni Dalam Resume Kalau Korang Tak Nak Kena Reject Dengan HR!

Hidup sebagai pencari kerja memang mencabar, terutamanya dengan saingan yang semakin meningkat zaman sekarang ni. Lepastu, semua orang mesti mahukan resume mereka outstanding dari orang lain kan, dan untuk mencapai ini, sesetengah orang mungkin cuba untuk menonjolkan diri mereka dengan menggunakan pelbagai jenis font tulisan. Tetapi, tahukah anda bahawa pemilihan font yang tidak betul boleh membuat resume anda terus terperangkap dalam folder "Tidak Dibaca" dan mungkin di reject oleh HR tau.

Terdapat 10 jenis font tulisan yang seharusnya korang tidak patut guna dalam menulis resume:

font jangan guna dalam resume

  1. Courier New: Ingat lagi masa sekolah dulu? Font besar ini mungkin baik untuk karangan, tetapi dalam resume, ia boleh memakan ruang yang berharga dan kelihatan seperti penulisan mesin yang tidak sesuai.
  2. Lucinda Console: Font ini mungkin kelihatan boleh diterima, tetapi ia mengambil terlalu banyak ruang, meninggalkan recruiter dengan kesan yang tidak jelas tentang kemahiran dan pengalaman anda.
  3. Comic Sans: Nama pun "Comic," tetapi resume bukanlah tempatnya untuk kelucuan. Gaya ini boleh memberi kesan serabut dan tidak serius.
  4. Bradley Hand ITC: Jangan biarkan resume anda kelihatan seperti skrip permainan. Pilihlah sesuatu yang memberi kesan profesional.
  5. Brush Script: Ingat, ini adalah resume, bukan skrip drama. Jangan abaikan keperluan untuk memberikan kesan yang serius dan profesional.
  6. Chalkduster: Tidak perlu membawa kita kembali ke zaman sekolah rendah. Resume bukanlah papan hitam sekolah.
  7. Apple Chancery: Keindahan font ini mungkin sesuai untuk pernikahan je tau, jadi jangan la korang guna untuk tulis resume.
  8. Malayalam MN: Meskipun moden dan bergaya, ia mungkin terlalu sempit dan sukar dibaca. Rekruter tidak mahu menggunakan kanta pembesar tau masa baca resume korang tu.
  9. Harrington: Sesuai untuk teater dongeng, tetapi resume anda bukanlah kisah dongeng so jangan guna font macam ni.
  10. Braggadocio: Mungkin terlalu menyakitkan mata. Anda mahu resume anda menonjol, tetapi bukan dengan cara yang salah.

Jadi, ingatlah, gayakan resume anda dengan cara yang profesional. Pemilihan font yang sesuai adalah langkah kecil tetapi penting dalam memberikan kesan yang positif kepada bakal majikan. Jadi, jangan biarkan resume anda terperangkap dalam "folder Tidak Dibaca" hanya kerana pemilihan font yang kurang sesuai. Selamat mencuba!


Maukerja tempat paling ngam untuk korang cari peluang pekerjaan. Ada berlambak kerja kosong menanti korang! Explore kerja kosong disini.