

by Ani
Menyambut Hari Raya Aidilfitri adalah satu tradisi yang dinantikan oleh ramai individu. Satu aspek yang penting dalam menyambut hari raya ni macam biasa la mesti akan ada persediaan duit raya. Duit raya yang biasanya dalam bentuk kecil seperti RM1, RM5, atau RM10 memudahkan kita untuk berkongsi kegembiraan dengan kanak-kanak dan tetamu yang berkunjung semasa hari raya.
Menukar duit raya menjadi satu proses yang lebih mudah dan pantas pada tahun ini dengan adanya kemudahan perkhidmatan di mesin ATM. Sebagai alternatif kepada kaunter bank yang mungkin kebiasaannya lebih sesak semasa musim perayaan, berikut adalah senarai bank yang menyediakan perkhidmatan khas untuk menukar duit raya di mesin ATM:
Maybank menawarkan perkhidmatan penukaran duit raya di 72 cawangan di seluruh negara. Proses penukaran ini khusus untuk wang kertas RM10. Tarikh untuk menukar duit raya di Maybank adalah dari 1 hingga 9 April 2024. Namun, perlu diingat bahawa Maybank menggunakan wang kertas kitar semula dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.


CIMB Bank juga menyediakan kemudahan penukaran duit raya di 9 cawangan terpilih. Anda boleh menukar wang kertas raya di mesin ATM CIMB Bank dari 4 hingga 10 April 2024.
Pelanggan Bank Islam pula boleh menukar wang tunai RM10, RM20, RM50, dan RM100 mengikut cawangan bank yang ditetapkan. Terdapat 10 cawangan Bank Islam yang menyediakan perkhidmatan ini.

Affin Bank turut menyertai senarai dengan menyediakan perkhidmatan penukaran wang kertas RM10 dan RM50 di mesin ATM/CRMs terpilih di seluruh negara. Tarikh untuk menukar duit raya di Affin Bank adalah dari 3 hingga 10 April 2024.





Dengan senarai ini, diharapkan ia dapat membantu anda mengelakkan kesesakan di kaunter bank semasa musim perayaan untuk menukar duit raya. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan selamat berbelanja!
Pekerjaan Terkenal:
Panduan Kerjaya:
Lokasi: