
by Muni
Permohonan untuk Fasa 2 UPUOnline® bagi kemasukan ke program Asasi, Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda di institusi-institusi pendidikan tinggi awam akan dibuka mulai hari ini (29 April 2024) hingga 9 Jun 2024. Peluang ini terbuka kepada semua calon yang layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi tanpa bertemu duga dan / atau ujian.
Info Penting:
Cara Pembelian No Pin UPUOnline:
Sebelum membuat permohonan, calon perlu membeli Nombor PIN UPUOnline® melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM10.60. Cara pembelian termasuk:
Panduan Permohonan UPUOnline 2024/2025:
Program Jom Masuk U 2024:
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengadakan Program Jom Masuk U 2024 bermula 4 Mei 2024 hingga 9 Jun 2024 di sepuluh zon seluruh negara. Program ini bertujuan untuk memberi maklumat tentang pelbagai program pendidikan tinggi yang ditawarkan oleh institusi-institusi di bawah KPT.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pengajian tinggi! Pastikan anda membuat permohonan UPUOnline® Fasa 2 dan sertai Program Jom Masuk U 2024 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelbagai program pendidikan tinggi yang ditawarkan. Jangan lepaskan peluang ini untuk melangkah ke alam pendidikan tinggi!
Sementara menunggu keputusan UPU kalau berminat nak bekerja part time, boleh klik sini untuk lihat kerja part time!
Pekerjaan Terkenal:
Panduan Kerjaya:
Lokasi: