by Maukerja Team
Tawaran Penajaan JPA Bagi Pelajar Lepasan SPM Tahun 2023 : Program Dermasiswa B40 Tahun 2024
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan sukacitanya mengumumkan peluang untuk memohon Program Dermasiswa B40 JPA (DB40) bagi tahun 2024 kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan dari golongan B40.
Program Dermasiswa B40 JPA bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (golongan B40) untuk meneruskan pengajian ke peringkat diploma di institusi-institusi pengajian tinggi yang ditetapkan, termasuk Universiti Awam (UA) dan Politeknik. Program ini khususnya memfokus kepada bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang memberi penekanan kepada kebolehpasaran dalam industri.
Pelajar yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:
Baca Juga: 5 Kerja Part Time Terbaik Untuk Lepasan SPM
Permohonan dibuka secara dalam talian melalui laman web rasmi JPA, iaitu bmipenajaan.jpa.gov.my atau esilav2.jpa.gov.my. Pastikan untuk mematuhi semua syarat-syarat permohonan sebelum mengemukakan permohonan anda.
Tarikh permohonan bagi tahun 2024 adalah dari 5 Ogos 2024 (2.00 petang) hingga 18 Ogos 2024 (5.00 petang). Jangan lewat untuk membuat permohonan anda!
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Dermasiswa B40 JPA 2024 dan proses permohonan, sila layari bmipenajaan.jpa.gov.my atau esilav2.jpa.gov.my. Anda juga boleh menghubungi talian JPA di 03-8000 8000 untuk sebarang pertanyaan.
Jangan lepaskan peluang ini untuk meneruskan pendidikan anda di peringkat yang lebih tinggi. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda yang sedang mencari penajaan untuk pengajian.
Untuk adik-adik lepasan SPM yang tengah nak cari kerja part time sementara tengah tunggu keputusan universiti tu. Klik je link ni untuk tengok semua jawatan kosong berkaitan dengan kerja part time!
Pekerjaan Terkenal:
Panduan Kerjaya:
Lokasi: