

by Maukerja Team
Berdasarkan beberapa kajian, kenaikan gaji pekerja di Malaysia tidak selari dengan peningkatan kos sara hidup. Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Gaji Progresif untuk memastikan pemberian upah yang adil kepada semua pekerja.
Kertas Putih bagi cadangan Dasar Gaji Progresif ini telah dibentangkan pada 30 November 2023. Berikut adalah maklumat terkini mengenai Dasar Gaji Progresif.
Dasar Gaji Progresif adalah inisiatif kerajaan untuk memastikan pemberian upah yang adil kepada semua pekerja. Kerajaan komited mereformasi pasaran buruh dengan matlamat meningkatkan gaji pekerja selari dengan peningkatan produktiviti. Dasar ini memberi manfaat kepada pekerja dari pelbagai sektor yang bergaji antara RM1,500 dan RM4,999 sebulan. Majikan pula akan mendapat tenaga kerja berkemahiran tinggi yang menyumbang kepada produktiviti, daya saing, dan pendapatan syarikat.
Dasar ini mempunyai tiga ciri asas:
Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dimulakan dengan projek rintis dari Jun 2024 hingga Ogos 2024. Projek ini melibatkan 1,000 syarikat yang memenuhi syarat dengan pekerja bergaji antara RM1,500 dan RM4,999. Penilaian projek rintis akan dilakukan pada September 2024 untuk memastikan keberkesanan sebelum pelaksanaan penuh pada Oktober 2024. Sebanyak RM50 juta disediakan untuk projek rintis, termasuk pembayaran insentif kepada majikan.
Majikan yang ingin mendaftar sebagai Majikan Gaji Progresif perlu memenuhi syarat berikut:
Kadar insentif adalah seperti berikut:
Majikan yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui laman sesawang.
Proses permohonan melibatkan:
Pelaksanaan penuh Dasar Gaji Progresif dijangka bermula Oktober 2024. Sehingga kini, 732 majikan telah mendaftar melalui Sistem Gaji Progresif, dan 237 majikan telah mengemukakan permohonan untuk menyertai projek rintis DGP.
Prinsip utama dalam Dasar Gaji Progresif termasuk:
Dasar Gaji Progresif diharapkan dapat menangani masalah gaji rendah dan meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat. Dengan peningkatan gaji berdasarkan sumbangan produktiviti individu, sistem ini bertujuan mewujudkan satu sistem yang lebih adil dan seimbang.
Ingin mencari kerja pilihan dan idaman anda? Klik sahaja link disini dan search kerja idaman anda!
Pekerjaan Terkenal:
Panduan Kerjaya:
Lokasi: