#MauLuah: "Bukan Semua Graduan Yang Menganggur Ni Memilih Kerja..Majikan Akan Ambil Kesempatan"
# Gaya Hidup

#MauLuah: "Bukan Semua Graduan Yang Menganggur Ni Memilih Kerja..Majikan Akan Ambil Kesempatan"

post by Izuan

by Izuan

Nov 18, 2021
pada 7:27 AM

Bukan semua graduan muda hanya mampu bertahan kerja sementara sahaja sebab masalah sikap mereka, kadang-kadang majikan yang ambil kesempatan terhadap diri mereka ini sehinggakan majikan sanggup 'pijak kepala' graduan-graduan ini.

Bayar gaji murah tapi kerja yang diberikan sampai melampaui batas sebagai seorang pekerja, namun dek kerana kekangan peluang pekerjaan yang begitu terhad mereka terpaksa bertahan. Itulah cabaran yang sedang dihadapi oleh graduan muda ini dimana majikan menyalah gunakan kemahiran yang beliau miliki dan tidak menjaga kebajikan pekerjanya.

Luahan yang diberikan menerusi #MauLuah ini membuatkan kita terbuka mata bahawa bukan semua graduan manja seperti mana yang  dianggap seorang oleh sesetengah majikan

Lebih Banyak Luahan Disini

Bila saya tak demand gaji, boss di tempat kerja arah saya buat mcm2. Sehinggakan kerja sekolah anak dia pun suruh sy dan staff lain buat

As salam admin..

Saya nak berkongsi cerita sedikit apa yg sy tgh alami dgn tempat kerja skrg.
.
Saya graduan ijazah office management pd awal tahun hari tu. Memandangkan saya jenis tak boleh duduk rumah, saya grab je kerja apa yg sy boleh buat. Saya tahu, skrg ni graduan yg menganggur hampir 90% di malaysia ni. Sebab tu sy tak kisah kerja apa dan gaji berapa walaupun sy ada ijazah.
.
Sekarang sy bekerja di satu syarikat swasta di taiping perak dari bulan 3 tahun ni. Saya tahu kawasan taiping ni kecil dan jumlah gaji di kawasan ini juga kecil. Jadi sy mmg x boleh demand gaji tinggi2.
.
Masalahnya admin. Bila saya tak demand gaji, boss di tempat kerja arah saya buat mcm2. Sehinggakan kerja sekolah anak dia pun suruh sy dan staff lain buat. Kalau ikutkan kepala angin saya, saya mmg nak mengadu je dkt pejabat buruh. Tp hati ni masih boleh bertahan.
Pekerja lama yg bekerja di sini pun semua dah quit. Pernah saya terfikir nak berhenti. Tapi kalau sy berhenti sy nak kerja di mana. Saya ada dpt tawaran bekerja tetapi di kl.
Saya terpaksa tolak memandangkan org tua sy ada masalah ksihatan agak kritikal. Jd sy pilih ntk kerja dkt dgn rumah ntk jaga org tua sy.

Bukan semua graduan yg menganggur ni manja dan suka memilih kerja. Kdg2 mereka terpaksa memilih atas alasan2 yg mcm ni. Majikan akan ambil kesempatan atas skills yg kami ada kerana mereka tahu zaman skrg terlalu susah nak dpt kerja.

Sekarang ni di syarikat sy dh jd mcm2 konflik. Boss buat cerita mcm2.. Dia jd marah dgn semua staff sbb sale makin merosot. Sy jd stress. Staff byk yg dah lari dan quit. Bebanan kerja makin bertimbun. Gaji tak pernah naik.. Semua benda dia berkira. Saya la runner pergi bank semua. Minyak boleh claim seminggu rm10 saja.
.
Kdg2 boss luah perasaan pd staff dia mcm mana nak buat sale makin teruk. Dan dia jadikan alasan sale teruk dan nak tutup company ni. Sekarang sy nak buat notis berhenti 24 jam. Saya dah tak sanggup nak bertahan lg.
.
Kesimpulan pd cerita saya, bukan semua graduan yg menganggur ni manja dan suka memilih kerja. Kdg2 mereka terpaksa memilih atas alasan2 yg mcm ni. Kerja ok, tp boss pula tak ok. Kerja bertimbun2 + stress tp gaji tak pernah naik. Majikan akan ambil kesempatan atas skills yg kami ada kerana mereka tahu zaman skrg terlalu susah ntk dpt kerja. Tp xpe, Sy akan jadikan cerita ini sebagai pengalaman dan pengajaran buat sy.