Cukai ditanggung oleh majikan mungkin kedengaran seperti manfaat yang terlalu bagus untuk dipercayai. Anda membaca surat tawaran kerja, kemudian terjumpa ayat "income tax borne by the company" atau "pakej gaji bersih selepas cukai". Maksudnya, syarikat yang akan membayar cukai pendapatan anda kepada LHDN.

