Kemahiran insaniah, atau lebih dikenali sebagai soft skills, selalunya yang membezakan dua calon dengan kelulusan dan pengalaman yang hampir sama. Seorang dapat tawaran kerja, seorang lagi tidak. Bila HR ditanya kenapa, jawapannya jarang sekali tentang CGPA. Lebih kerap ia berbunyi seperti "dia lebih jelas bila bercakap" atau "dia nampak boleh bekerja dengan pasukan".

