Sebagai Manager... Inilah 5 Punca Mengapa Pekerja Terbaik Korang Berhenti! - Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja

Sebagai Manager... Inilah 5 Punca Mengapa Pekerja Terbaik Korang Berhenti! - Maukerja.my

post by Haziziren

by Haziziren

Dec 12, 2016
pada 7:59 AM

Berapa kali kerapkah korang dengar rungutan dari manager korang yang beberapa pekerjanya yang terbaik telah meninggalkan syarikat itu. Adakah ia kerana syarikat itu, mendapat peluang lebih baik atau berpunca dari manager itu sendiri? Walaupun kadang-kadang dari segi peribadi sikap manager korang tu okey, Tapi dari segi kerja memang akan beri korang pressure sangat-sangat sampai korang sendiri tak boleh bertahan. Adakah korang yang mengada ataupun manager korang yang bermasalah ?

 

Yelah mana nak tahan kan. Suka bagi kerja last minute, lepas tu akan push korang untuk siapkan dalam masa itu juga. Belum lagi ditambah kerja-kerja sebelum ini. Mereka tidak faham masa korang dan hanya pentingkan diri. Kadang-kadang perkara paling mudah untuk difahami ialah waktu peribadi dan hargai pekerja mereka. Jom kita lihat apakah punca pekerja kesayangan dan terbaik korang tu berhenti :

 

1) Manager suka bagi melebihi batasan.

Memandangkan hasil kerja korang tu bagus, mestilah manager ni akan target kepada korang je untuk diberi kerja, yelah mana tahu korang sahaja yang boleh diharap. Waktu kerja yang untuk korang kekal produktif setiap minggu ialah 50 jam seminggu. Sebab tulah kalau kita terlebih kerja akan terasa cepat penat dan mengantuk, selain itu kualiti masa sendiri juga susah nak dapat. Jika memang memang suka memberi kerja, apa kata naikkan nama mereka dan gaji dalam waktu yang sama. Barulah rasa bukan dipergunakan.

 

2) Tidak reti berterima kasih dan menghargai.

Kadang-kadang mereka suka pandang rendah kepada pekerja bawahan, jika ada sesuatu pencapaian dan sumbangan kita lakukan untuk syarikat. Ia sudah seperti padang jarak padang tekukur, tiada apa-apa ucapan tahniah mahupun berterima kasih. Sepertinya korang lakukan untuk diri sendiri tetapi bukan untuk syarikat. Kalau para manager nak tahu, walaupun dengan ucapan terima kasih dan tahniah sudah membuatkan rasa dihargai. Tapi kalau dapat credit dan pujian dari semua orang sudah paling bangga lah tu. Betulkan? hehe!

 

3) Tak ambil kisah pasal pekerja.

Tak semua berpunca dari manager korang, mungkin dari boss ataupun co-workers lain juga. Tidak ambil kisah seperti tidak peduli mengenai cuti dan waktu rehat korang, ada sahaja on call tiba-tiba. Syarikat yang baik apabila tahu bagaimana bertindak adil diantara sifat kemanusiaan dan sifat professional. Bukan campur hal peribadi, tetapi cukuplah sekadar tahu masalah yang terjadi. Boss yang tidak mengambil kisah mengenai pekerja mempunyai keberangkalian pekerja tu berhenti. 

 

4) Mereka mengambil dan memberi pujian kepada orang yang salah.

Korang dan co-workers lain pun tahu seseorang ni tidak buat kerja dan sikap nya juga teruk, tetapi bagaimana boleh jadi pekerja kesayangan boss atau manager korang. Bukan dengki atau apa, tetapi tidak berasa adil itu adalah salah satu punca. Ia seperti korang yang bekerja keras orang lain yang dapat nama. Kerja ini memerlukan minat dan kesungguhan dalam kerja, tetapi ada sesetengah manager ni suka bagi kerja yang tidak mencabar dan membosan bagi korang. Ia seperti melayan korang tidak bersedia untuk cabaran.

 

5) Mereka gagal untuk menaikkan bakat seseorang.

Jawatan yang dimohon lain, tetapi buat kerja luar dari bidang. Iyee memang kelainan dalam bekerja tu sesuatu pengalaman yang bagus, tetapi jika 100% korang ditukar bidang dari yang korang minat tu. Siapa yang suka buat kan. Manager yang bagus adalah manager yang mendengar semua feedback dari para pekerja. Setiap pekerja yang mempunyai potensi akan minta segala feedback mengenai kualiti kerja dari yang lain. Jika manager menarik kebolehan seseorang dengan memberi kerja yang mereka rasa korang bagus melakukan, tetapi korang tidak minat. Ia juga faktor korang hilang minat melakukan kerja.

 

Ironinya, korang kena tonjol diri lebih lagi, kadang-kadang mereka ini terlalu sibuk dengan kerja masing-masing hingga tak perasan korang. Tetapi kalau manager atau boss korang tu memang tidak berhati perut dan tidak menghormati dan korang rasa diri korang tu layak dapat lebih baik lagi, pergilah carilah kerja baru. Professional dalam kerja itu bagus, tetapi kebajikan untuk pekerja dan feedback dari mereka juga sangat penting.