Contoh Cover Letter Terbaik Fresh Grad & Mid-Level (Bahasa Melayu)

Sebagai seorang pencari kerja, melampirkan surat permohonan pekerjaan atau cover letter bersama resume adalah langkah yang amat penting. Surat permohonan ini memberikan kesempatan kepada majikan untuk mendapatkan gambaran ringkas tentang diri anda dan mengapa anda sesuai untuk jawatan tersebut.
Berikut adalah dua contoh cover letter terbaik, satu untuk fresh graduate dan satu untuk mid-level, yang boleh dijadikan rujukan:
Salary Checker: Tahu gaji pasaran semasa dalam bidang pengurusan sumber manusia 2023
1. Contoh Cover Letter untuk Fresh Graduate
Nama Anda
Alamat surat menyurat
No. Telefon
Tarikh
Tuan/Puan,
Saya telah membaca iklan jawatan kosong berkaitan penganalisis kewangan di Pusat Kerjaya dan Kaunseling, UITM. Saya ingin memohon jawatan tersebut berdasarkan kelayakan dan kemahiran yang saya peroleh semasa pengajian.
Sebagai seorang graduan baru, saya menjalani latihan amali di syarikat [nama syarikat] semasa cuti semester. Tugas saya melibatkan pengenalan kesalahan dalam pengiraan dan penjadualan. Kemahiran ini, bersama dengan pengalaman dalam pasukan sebagai ahli Persatuan Pelajar, membuat saya yakin bahawa saya boleh menyumbang secara positif kepada syarikat tuan.
Saya sangat berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan di syarikat [nama syarikat], dan saya percaya bahawa kemahiran saya dalam analisis kewangan bersesuaian dengan keperluan jawatan ini. Saya berharap dapat memberikan sumbangan yang positif dan berkongsi ilmu yang saya peroleh semasa pengajian.
Terima kasih atas pertimbangan tuan. Saya amat berharap untuk berpeluang menghadiri sesi temuduga bagi menjelaskan lebih lanjut mengenai potensi saya.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
[Nama Anda]
ATS Resume Checker: Imbas resume dan pastikan resume anda mesra ATS
2. Contoh Cover Letter untuk Mid-Level
Nama Anda
Alamat surat menyurat
No. Telefon
Tarikh
Pengurus Besar
Jabatan Sumber Manusia
[Nama Syarikat]
Alamat Syarikat
Tarikh
Tuan/Puan,
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada [Nama Syarikat] yang terkemuka di industri ini. Saya tertarik dengan jawatan [Nama Jawatan] yang tersedia, dan saya ingin memohon jawatan tersebut.
Saya telah mengumpul pengalaman yang luas dalam industri ini selama lebih dari [jumlah tahun], dan saya telah berjaya menyumbang kepada pencapaian syarikat-syarikat sebelum ini seperti [Nama Syarikat Terdahulu]. Kecekapan saya dalam [nyatakan kemahiran dan pengalaman yang berkaitan] bersesuaian dengan keperluan jawatan yang diiklankan.
Saya amat berminat untuk membawa keupayaan dan pengalaman saya yang luas ke dalam [Nama Syarikat]. Saya yakin bahawa saya boleh memberikan sumbangan yang positif kepada pertumbuhan syarikat tuan.
Saya sertakan bersama resume untuk makluman tuan. Saya harap tuan dapat memberi perhatian kepada permohonan saya ini. Saya amat berharap untuk berpeluang menghadiri sesi temuduga bagi membincangkan lebih lanjut mengenai bagaimana saya boleh menyumbang kepada kejayaan syarikat tuan.
Terima kasih atas perhatian tuan. Saya berharap untuk berkerja dengan [Nama Syarikat] dalam masa terdekat.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
[Nama Anda]
Cari Kerja: Lebih dari 100,000 jawatan kerja kosong di Maukerja
Ditulis Oleh: Siti Rohani Binti Ibrahim