Senarai Reference Yang Sesuai Dalam Resume

Adakah anda perlu memasukkan nama senarai rujukan dalam resume anda? Sebenarnya, tidak perlu. Adalah lebih baik untuk menyediakan senarai rujukan dalam dokumen yang berasingan. Berikan senarai rujukan ini hanya apabila diminta oleh majikan.
Berapa pula jumlah nama rujukan yang sesuai untuk dimasukkan dalam dokumen senarai rujukan? Anda boleh meletakkan seberapa banyak nama yang anda mahu, namun seeloknya masukkan 3-5 nama sahaja. Pastikan individu yang tersenarai boleh memberikan kerjasama dan respon yang positif semasa ditemuramah oleh bakal majikan.
Senarai Reference Yang Boleh Diletakkan Di Dalam Resume
Siapa Boleh Menjadi Senarai Reference Kerja?
Individu yang boleh dijadikan senarai rujukan kerja termasuklah:
- Pensyarah (untuk graduan)
- Rakan sekerja
- Kenalan perniagaan
- Bekas majikan
- Majikan semasa
- Penyelia (supervisor)
Pastikan individu yang disenaraikan sudah bersedia dan mengetahui serba sedikit tentang temuduga pekerjaan yang akan anda hadiri. Berikan maklumat berkaitan temuduga dan pekerjaan yang anda pohon kepada mereka.
Penting untuk senarai rujukan ini mengenali anda dengan baik supaya mereka boleh menceritakan perkara yang positif kepada bakal majikan. Anda juga boleh memberikan mereka salinan resume anda supaya mereka lebih fokus kepada bahagian kemahiran anda dan mudah menceritakan kepada bakal majikan nanti.
Langkah Selepas Menyediakan Senarai Reference
Jangan lupa untuk berhubung secara berkala dengan senarai rujukan anda supaya mereka tidak lupa mengenai temuduga anda. Selepas tamat temuduga, anda juga perlu membuat follow up dengan mengucapkan terima kasih dan memberitahu keputusan temuduga anda. Terdapat banyak kebaikan jika anda sentiasa berhubung dengan senarai rujukan anda kerana mereka mempunyai jaringan (networking) yang luas dan mungkin boleh menawarkan peluang pekerjaan di syarikat lain yang mempunyai kekosongan jawatan.
Cara Membuat Senarai Reference
Untuk membuat dokumen senarai rujukan yang berasingan, anda hanya perlu memasukkan maklumat berikut:
- Tajuk dokumen: REFERENCE
- Nama rujukan beserta pangkat (jika ada)
- Jawatan individu rujukan
- Syarikat tempat mereka bekerja
- Nombor telefon dan emel
Pastikan anda meletakkan maklumat yang lengkap seperti di atas supaya bakal majikan mudah menghubungi individu dalam senarai rujukan anda.
Memilih senarai rujukan yang tepat adalah penting dalam permohonan kerja. Pastikan anda memilih individu yang mengenali anda dengan baik dan boleh memberikan maklum balas positif. Sediakan maklumat yang lengkap dan berikan senarai rujukan hanya apabila diminta oleh majikan. Sentiasa berhubung dengan senarai rujukan anda untuk memastikan mereka bersedia membantu anda dalam proses permohonan kerja. Dengan persiapan yang rapi, peluang anda untuk berjaya dalam temuduga pasti akan meningkat.
Pekerjaan Terkenal:
Internship|Work From Home|Jawatan Kosong Bank|Jawatan Kosong Hotel|Eksekutif Kewangan|Admin|Pengurus|Jawatan Kosong Security
Panduan Kerjaya:
Template Resume|Template Cover Letter| Soalan & Jawapan Interview|Perkembangan Kerjaya |Gaji & Info Pekerjaan











