Template Cover Letter Entry Level & Mid Level (Bahasa Inggris)

Template Cover Letter

Ada yang tanya apa guna bagi cover letter sedangkan resume dan CV dah ada. Cover letter ni sebenarnya untuk memberikan gambaran kepada majikan tentang siapa anda. Ia ibaratkan sebagai 'salam mesra' sebelum majikan baca resume dan sangat penting dalam memberi 'first impression' yang baik dan mengapa mereka harus pilih anda untuk jawatan tersebut.

Apa Itu Cover Letter?

Cover letter adalah surat rasmi yang dihantar bersama resume ketika memohon pekerjaan. Ia bertujuan untuk memperkenalkan diri, menyatakan minat terhadap jawatan yang dipohon, serta menonjolkan kemahiran dan pengalaman yang relevan.

Penting Ke Hantar Cover Letter?

  • Memberi gambaran pertama yang baik kepada majikan
  • Menunjukkan minat anda terhadap jawatan yang dipohon
  • Memberikan ruang untuk menjelaskan mengapa anda calon terbaik
  • Melengkapkan maklumat dalam resume dengan lebih terperinci

Baca Juga: Contoh Cover Letter Terbaik Fresh Grad & Mid-Level (Bahasa Melayu)

Format Cover Letter

Menulis cover letter yang baik memerlukan struktur yang jelas dan bahasa yang profesional. Berikut adalah langkah asas untuk menulis cover letter yang menarik:

  1. Gunakan Format Profesional – Pastikan cover letter mempunyai struktur yang kemas dan mudah dibaca.
  2. Mulakan dengan Pengenalan yang Menarik – Nyatakan nama anda dan tujuan surat dengan jelas.
  3. Sesuaikan dengan Jawatan yang Dipohon – Jangan gunakan template yang sama untuk semua permohonan kerja, sebaliknya sesuaikan dengan keperluan syarikat.
  4. Tonjolkan Kemahiran & Pengalaman yang Relevan – Fokus pada bagaimana anda boleh memberikan manfaat kepada syarikat.
  5. Akhiri dengan Call-to-Action – Nyatakan keinginan anda untuk ditemuduga dan lampirkan resume anda.

Template Cover Letter

Di bawah ini, ada dua template cover letter dalam bahasa inggris satu untuk entry-level dan satu lagi untuk mid-level, yang boleh dijadikan rujukan.

1. Template Cover Letter untuk Entry Level

Template Cover Letter untuk Entry Level

ATS Resume Checker: Imbas resume dan pastikan resume anda mesra ATS

2. Template Cover Letter untuk Mid Level

Template Cover Letter Mid Level

Cari Kerja: Lebih dari 100,000 jawatan kerja kosong di Maukerja

Kesilapan Biasa dalam Cover Letter yang Perlu Dielakkan

Banyak calon membuat kesilapan dalam menulis cover letter. Berikut adalah beberapa kesalahan yang perlu dielakkan:

  • Terlalu panjang – Cover letter sepatutnya tidak lebih daripada satu muka surat.
  • Terlalu umum – Jangan gunakan ayat generik yang tidak menunjukkan keunikan anda.
  • Tidak disesuaikan dengan kerja yang dipohon – Pastikan cover letter ditulis khas untuk setiap jawatan.
  • Kesalahan tatabahasa dan ejaan – Pastikan anda menyemak sebelum menghantar.

Baca Juga: Contoh Cover Letter BM dan BI Untuk Internship [Template]

Nak Cari Kerja? Jom, Apply Di Portal Maukerja

Cover letter yang baik boleh meningkatkan peluang anda untuk dipanggil ke temuduga. Sama ada anda seorang fresh graduate atau pekerja berpengalaman, penting untuk menyesuaikan cover letter dengan jawatan yang dipohon. Gunakan template di atas sebagai panduan untuk menulis cover letter yang profesional dan berkesan.

Jika anda sedang mencari pekerjaan yang sesuai, klik sahaja disini untuk mencari peluang pekerjaan di Malaysia. Klik sekarang dan mulakan kerjaya impian anda!

Share

Was these page helpful?

Your feedback helps us improve search results