Tips Perkenalkan Diri Semasa Interview

interview

“Sila perkenalkan diri anda?” atau “Terangkan tentang diri anda?” adalah soalan yang hampir pasti akan diajukan dalam setiap sesi temuduga. Meskipun soalan ini kelihatan mudah, ramai calon temuduga yang kurang bersedia untuk menjawabnya dengan baik.

Cara-Cara Perkenalkan Diri Semasa Interview

1. Jangan Buat Anggapan Awal

Menganggap soalan ini mudah dan boleh dijawab tanpa persediaan adalah satu kesilapan besar. Ingat, soalan ini biasanya ditanya pada permulaan sesi temuduga dan merupakan peluang pertama anda untuk memberi kesan positif kepada penemuduga. Jawapan anda akan mencerminkan "first impression" yang sangat penting dalam membentuk pandangan awal penemuduga terhadap anda.

2. Buat Pemerhatian Terlebih Dahulu

Penemuduga mencari jawapan yang positif, relevan, dan menarik. Oleh itu, walaupun soalan ini nampak mudah, anda perlu menyediakan jawapan yang berkesan. Lakukan pemerhatian tentang ciri-ciri yang diperlukan oleh syarikat tersebut. Baca deskripsi jawatan untuk mengetahui kualiti yang diinginkan.

Sebagai contoh, jika jawatan yang anda mohon memerlukan kemahiran multitasking, anda perlu menonjolkan kebolehan anda bekerja dengan baik walaupun dalam keadaan tertekan.

Baca Juga: Soalan-Soalan Asas Temuduga

3. Sertakan Pengalaman Anda

Masukkan pengalaman yang relevan dalam jawapan anda. Contohnya, jika jawatan tersebut memerlukan seseorang yang boleh bekerja dalam kumpulan, berikan contoh yang menunjukkan anda mempunyai kebolehan tersebut.

Contoh Jawapan Ringkas “Sila Perkenalkan Diri Anda”:

“Assalamualaikum / Selamat pagi. Saya (nama anda), Tuan/Puan boleh panggil saya (nama panggilan), berasal dari (tempat asal/tempat tinggal). Saya mempunyai ijazah/diploma/sijil (kelayakan akademik) dari (institusi pengajian).

Saya pernah bekerja di (nama syarikat) selama (tempoh bekerja) dan memegang jawatan sebagai (nama jawatan). Semasa belajar, saya aktif dalam (aktiviti/kelab/persatuan) dan memegang jawatan sebagai (jawatan/pencapaian).

Saya mahir dalam (kemahiran) dan boleh menguasai bahasa (bahasa yang anda mahir).”

Pastikan jawapan anda padat, ringkas, dan berkaitan. Elakkan daripada melebih-lebih.

Contoh Jawapan Penuh:

“Saya seorang yang bermotivasi tinggi dan suka bekerja dalam pasukan. Dalam pekerjaan lama saya, saya mengetuai satu kumpulan yang terdiri daripada 12 orang. Kami kerap mengadakan perjumpaan harian untuk membincangkan kerja dan perancangan sebagai satu unit. Kami juga bekerjasama dengan jabatan lain seperti Jualan dan Perkhidmatan Pelanggan.”

Baca Juga: Ini Cara Jawab Kelebihan Yang Tiada Dalam Resume

Contoh Soalan Berkaitan:

Selain “Perkenalkan diri anda,” penemuduga mungkin bertanya soalan seperti “Sila pilih satu perkataan yang menerangkan tentang diri anda.” Jawapan untuk soalan ini memerlukan anda mencari perkataan yang sesuai untuk menerangkan diri anda, memberi sebab, dan memberikan contoh.

Contoh Jawapan “Pilih Perkataan Yang Menerangkan Diri Anda”

“Perkataan yang sesuai untuk menerangkan diri saya adalah berwawasan. Saya mempunyai visi dan misi dalam pekerjaan ini. Saya memilih kerjaya ini untuk mencabar diri dan menambah ilmu dalam bidang ini. Saya mendapati budaya kerja di syarikat ini sangat sesuai dengan saya.”

Kesalahan Yang Sering Dilakukan

Antara kesalahan yang sering dilakukan termasuk:

  1. Bercakap terlalu cepat: Ini boleh menyebabkan penemuduga terlepas isi penting jawapan anda. Sentiasa bertenang dan ambil masa anda.
  2. Tidak memberi penerangan terperinci: Menyatakan anda suka bekerjasama tanpa memberikan contoh akan menjejaskan markah anda.

Jawab soalan temuduga dengan tenang dan elakkan kesalahan biasa. Kami berharap artikel ini membantu anda dalam persediaan temuduga. Semoga berjaya!

Pekerjaan Terkenal:

Jawatan Kosong KerajaanWFH Customer ServiceKerja Dari RumahKerja Fresh GradSalesMarketingAdminF&BKerja FreelancePekerjaan Hybrid |Kerja Sepenuh MasaKerja Separuh MasaInternshipKerja KontrakApprenticeshipCari Lebih Banyak Pekerjaan

Share

Was these page helpful?

Your feedback helps us improve search results