
K11 Synergy Sdn Bhd
101-500 Employees · Entertainment / Media ·
Tentang K11 Synergy Sdn Bhd
Ditubuhkan pada tahun 2009 di Kuching, Sarawak, K11 Karaoke merupakan bisnes hiburan tempatan Malaysia yang khusus dalam karaoke keluarga.
Cawangan pertama dan juga ibu pejabat K11 adalah di Kuching sehingga meluaskan perkembangannya ke Semenanjung Malaysia. Kami menyediakan bilik karaoke persendirian yang moden dan luas, dilengkapi dengan sistem bunyi berkualiti serta suasana yang selesa. Kemudahan kami turut dilengkapi dengan ruang lounge dan kami juga mempunyai perkhidmatan makanan & minuman.
Di K11 Karaoke, kami percaya pengalaman hiburan yang hebat bermula dengan pasukan yang hebat. Pasukan kami terdiri daripada pelbagai bahagian termasuk operasi, khidmat pelanggan, makanan & minuman, pemasaran, pentadbiran dan pengurusan, dalam persekitaran kerja yang bertenaga dan mengutamakan kerjasama berpasukan.
Seiring dengan perkembangan syarikat, kami sedang mencari individu yang bersemangat, bertanggungjawab dan bermotivasi untuk menyertai pasukan kami. Kami mengalu-alukan individu yang gigih untuk belajar, bersedia menghadapi cabaran baharu dan ingin berkembang bersama syarikat.
Sertai K11 Karaoke dan bina kerjaya anda bersama K11 Karaoke.
Album K11 Synergy Sdn Bhd
Maklumat K11 Synergy Sdn Bhd
Budaya dan Faedah Pekerja
Faedah Kesihatan
- Tuntutan Optikal
- Program Kecergasan (keahlian gimnasium, yoga, inisiatif kecergasan) dan banyak lagi...
Faedah Kewangan
- Kenaikan Gaji
- Bonus Prestasi dan banyak lagi...
Cuti Berbayar
- Cuti Sakit
- Cuti Bersalin dan banyak lagi...
Faedah Tambahan
- Lawatan Syarikat dan banyak lagi...