Kadang rasa nak bunuh diri sebab kehidupan ni betul tak adil.
Saya ni anak miskin bandar. Miskin bandar tu lagi sakit dari miskin kampung. Tinggal di rumah PPR. Di diskriminasi di sekolah (mungkin tak nampak sangat tapi realiti tu wujud). Kelas pertama selalunya dimonopoli oleh anak² perumahan kondominium, teres etc. Manakala anak flat mcm saya mostly berada di kelas belakang. Tapi sebab saya jenis kuat berusaha, saya dapat masuk kelas depan. Dari zaman sekolah cikgu selalu cakap, belajar rajin². Nanti dapat belajar sampai menara gading, keluar dapat kerja bagus. Sampai bila kamu nak duduk di rumah 'sangkar burung?'
Saya pun pulun belajar. Malam tolong parents berniaga di pasar malam. Siang ke sekolah. Hujung minggu kutip tin, besi buruk. Memang sakit dan penat. Pendek cerita, saya grad tahun lepas. Sebelum konvo, saya dah cari kerja di mall. Saya tak boleh putus mata pencarian, nanti siapa nak sara family? Kemudian covid melanda. Peluang pekerjaan makin susah. Saya pula mcm dah stuck di mall dgn gaji yg rendah walaupun saya ada degree.
Manakala kawan² saya yg anak orang senang, hidup makin senang. Kadang saya stalk linked in dorang. Jujur saya jealous. Jawatan yg dorang pegang bukan kaleng². Semudah itu perjalanan hidup dorang. Semudah itu mereka dapat kerja.
Saya selalu tertanya tentang takdir hidup saya. Kenapa Tuhan buat saya mcm ni? Kadang malam² selalu terbayang nak bunuh diri.
Itu sahaja luahan saya. Saya tak minta apa. Cuma nak baca kata² semangat dari kawan² fb supaya saya kuat untuk cari kerja yg lebih bagus untuk sara family.
Tq min. Doakan saya dapat kerja lebih bagus.