I***** M*******'s avatar'
I***** M*******3 tahun yang lepasOther Workplace Issue

Patut saya ambil kerja baru yang gaji lebih rendah dari tempat kerja sekarang?

Sekarang saya kerja gaji 2000. Takde naik gaji, kena bodek majikan baru dapat. Pasal racist, saya boleh hadap lagi. Tapi bab kerja, bukan bahagian saya pun kena buat. Bila saya buat dan minta supervisor check, dia kata ok, tapi bila ada masalah, saya yang nanti kena. Kadang bukan saya yang buat kerja tu pun, bila ada masalah, saya juga yang kena selesaikan masalah tu. Dan sekarang, saya dapat offer di kilang D, gaji 1500, naik gaji setiap tahun cuma tak tahu berapa. Apa yang patut saya buat? Terima Kilang D? Atau kerja je dekat kilang sekarang?
0
Muhamad Faiz Asna Mazlan's avatar'
Muhamad Faiz Asna Mazlan1 tahun yang lepas
Pilih yang persekitaran yang baik. Pergi yang kedua. If you really love the first job you never thought to choose the second job. Kecuali berbini dua tu lain. Dua dua sayang.
0
N** F****** B**** A** H**** *'s avatar'
N** F****** B**** A** H**** *1 tahun yang lepas
As rakyat B40, saya pon faham situasi awk. dalam kes ni awk kne masuk kelas nego gaji maukerja tu. Dengan pengalaman yang awk ada, awk patut nego gaji awk. Sekiranya awak nak msk company baru, perkara yang awk perlu buat ialah, awak perlu melihat semula jarak jauh tempat kerja awk dan segala benefit yang company tu bagi & commitment awk berbaloi tak dgn gaji yg dibayar berbanding apa yag awk dpt skrg, Sebelum awk mula terima offer tu juga, awk kene tahu mcmane increment diberi sbb ada company yg bg mengikut KPI. ada yang dlm setahun mmg confirm dpt ikot gaji brape nilai die nak naikkan atau ada yang ikot revenue company tu sndri tp tu sume bergantung pada company tu. Ini sgt penting sbb nanti kalau da msk company, at least awak da faham dan takdelah nak sakit hati. Pastikan juga awk ada offer letter utk sahkan apa yang di offer sama spt yang disebutkan. Kalau sume ni da diambil kira dan awak rasa tak berbaloi dgn apa yg awk dpt, mungkin ada peluang lain sdg menunggu awk.
1
S***** I****'s avatar'
S***** I****3 tahun yang lepas
Bergantung pada situasi cik sekarang. Kalau rasa kerja baru better dari kerja lama dari segi suasana persekitaran baik, majikan yang bagus just go on dengan kerja baru.
2