A***** M*****'s avatar'
A***** M*****3 tahun yang lepasOther Workplace Issue

Bila department lain pulaukan saya di department lain. Macam mana tu?

Saya dh kerja kt satu company ni adalah lebih kurang 2 tahun mcm tu.. biasa kita kerja satu pejabat ada la bergaul dengan department deparment lain kan min? tapi entah la.. baru baru ni saya rasa saya mcm kena shadowbanned dengan satu department ni pulak.. apa apa saya request mesti susah nak dapat.. lepas tu saya hantar message pun diaorang tak suka reply saya, yang kena makinya saya.. contohnya, saya ada je buat satu project ni and department saya mmg kena bekerjasama la dengan department tu.. tambah pulak saya in charge.. diaorang meeting datang tu datang.. idea tu ada tapi bila bab nak execute ataupun progress.. sumpah i susah nak dapat update dari diaorang.. even waktu due date project tu kena hantar pun, even saya OT 3-4 jam pun susah betul nak reply... nak tahu bila dia hantar? sehari sebelum due date min... sampai saya tak balik rumah nak siapkan details details kecik yang tertinggal.. and minggu tu sampai MC 2 hari min sebab exhausted.. kadang kadang saya tak faham la min.. bkn saya buat salah pun apa dekat diaorang tapi diaorang mmg tak suka saya. Makan kat pantry pun asyik kena jeling.. sampai saya pening kenapa jadi macam tu.. Saya tak pernah niat nak berhenti kerja sebab saya fikir department saya dengan department diaorang lain, tapi bayangkan diaorang ni sampai orang bawah saya pun dia palau haa. tak tahu apa salah kitaorang sebenarnya.. Nak bawak hal ni dekat boss.. saya takut.. sebab dengar rumors, team lead department diaorang tu anak boss.... kang nanti kang ada orang tukang belit cerita saya camne.. Hmm hadap jela min.
1
I** N** '****** B* B********'s avatar'
I** N** '****** B* B********3 tahun yang lepas
Tiba masanya untuk anda fikirkan diri sendiri. Sebab nanti sakit bukan company yang jaga. Cadangan saya, pindah ke company yang appreciate segala efforts sebelum personal life pun affected nanti. You deserve better.
2
Siti Sarah's avatar'
Siti Sarah3 tahun yang lepas
Kalau nak tanya pendapat, better berhenti jela kot. Buatapa kerja dekat company yang macam menyusahkan kita? penat tau.
0