Kami sedang mencari calon yang berminat untuk mengisi jawatan Warehouse Operator di sebuah syarikat logistik dan pergudangan di Shah Alam, Selangor.
Calon yang berjaya akan bertanggungjawab menjalankan operasi gudang termasuk picking, packing, sorting dan pengendalian bungkusan bagi memastikan proses penghantaran berjalan dengan lancar dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Tanggungjawab Pekerjaan
- Menjalankan kerja picking, packing dan sorting barang atau bungkusan.
- Mengasingkan bungkusan mengikut destinasi, kategori dan arahan operasi.
- Memastikan barang dan bungkusan diproses dengan betul mengikut prosedur operasi standard (SOP).
- Membantu kelancaran operasi gudang serta proses penerimaan dan penghantaran barang.
- Menjalankan tugasan berkaitan operasi Departure dan Arrival mengikut penempatan kerja.
- Memastikan barang dikendalikan dengan betul bagi mengelakkan kerosakan atau kesilapan pemprosesan.
- Mematuhi SOP, arahan kerja dan arahan penyelia.
- Memastikan kawasan kerja sentiasa bersih, teratur dan selamat.
- Bekerjasama dengan ahli pasukan bagi memastikan operasi gudang berjalan lancar.
- Melaksanakan tugasan lain yang berkaitan mengikut keperluan operasi.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Wajib lulus SPM.
- Bersedia menjalankan kerja gudang seperti picking, packing dan sorting.
- Bersedia bekerja selama 12 jam sehari mengikut jadual syif.
- Bersedia bekerja 6 hari seminggu.
- Mampu mengikuti SOP dan arahan penyelia.
- Mempunyai sikap bertanggungjawab, berdisiplin dan komited terhadap pekerjaan.
- Mampu bekerja secara individu dan dalam pasukan.
- Bersedia ditempatkan di salah satu lokasi yang ditetapkan.
Lokasi
Terdapat kekosongan di lokasi berikut:
- Bukit Jelutong, Shah Alam
- Seksyen 15, Shah Alam
Waktu Bekerja
- 2 syif: Syif pagi dan syif malam.
- 12 jam sehari mengikut syif yang ditetapkan.
- 6 hari bekerja seminggu.
- Hari cuti mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Gaji
1. Operator – JTI, Bagging, Oversize & CS
- Gaji Pokok: RM1,900 sebulan
2. Operator – Departure & Arrival (Linehaul / PJS)
- Gaji Pokok: RM2,000 sebulan
Elaun dan Insentif
- Elaun Kehadiran: RM100 sebulan.
- Elaun Syif Malam: RM10 bagi setiap syif malam yang bekerja.
- Elaun KPI: Sehingga RM300 sebulan selepas pengesahan jawatan, tertakluk kepada prestasi dan syarat yang ditetapkan.
Faedah
- Caruman KWSP, PERKESO dan EIS.
- Uniform disediakan.
- Cuti sakit sebanyak 14 hari setahun.
- Selepas pengesahan jawatan:
- Cuti tahunan sebanyak 10 hari setahun.
- Tuntutan perubatan sehingga RM300 setahun.
- Kelayakan menerima elaun KPI sehingga RM300 sebulan, tertakluk kepada prestasi dan syarat yang ditetapkan.
Cara Memohon
Calon yang berminat boleh klik Apply Now untuk menghantar permohonan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
En. An Shazarul
WhatsApp: ************* 6544
Pay: RM1,900.00 - RM3,000.00 per month
Benefits:
- Free parking
- Health insurance
- Opportunities for promotion
- Professional development
Application Question(s):
Work Location: In person