- Jalan 21/11A Petaling Jaya Selangor Malaysia 47300

Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Kelayakan
Kami mencari individu yang boleh dipercayai, teliti, dan mampu kekal mesra walaupun dalam situasi sibuk.Majoriti pesakit kami adalah warga emas, jadikesabaran, empati, dan nada suara yang lembut amat penting.
Sila hantar resume anda ke nombor telefon klinik (rujuk profil Google klinik kami).
Jawatan: Pembantu Klinik (Sepenuh Masa)
Lokasi: Seapark PJ
Kemasukan: Segera
Kriteria:
• Sanggup belajar
• Komunikasi baik & mesra dengan pesakit
• Bertanggungjawab & jujur
• Pengalaman sebagai pembantu klinik adalah satu kelebihan
• Diploma Kejururawatan / Pembantu Perubatan / Paramedik digalakkan (jika tiada pengalaman)
Tanggungjawab
Skop Tugas – Pembantu Klinik (Sepenuh Masa)
Front Desk & Interaksi Pesakit
• Menyambut dan melayan pesakit dengan mesra, terutama warga emas atau pesakit yang kurang sihat
• Mendaftar pesakit menggunakan sistem klinik (Plato) dan membantu pertanyaan asas
• Berhubung dengan pesakit berkaitan temujanji, susulan, dan pengambilan ubat
• Mengekalkan komunikasi yang sopan, profesional, dan berempati termasuk melalui WhatsApp
Pengendalian Ubat
• Menyediakan preskripsi dan mendispens ubat mengikut arahan doktor
• Memberi penerangan jelas kepada pesakit mengenai cara penggunaan ubat (oral, sapuan, semburan hidung, dll.)
• Memantau dan melaporkan tahap stok ubat; kemas kini inventori secara mingguan dan bulanan
Sokongan Klinikal
• Membantu doktor semasa prosedur minor (contoh: suntikan, dressing luka)
• Menyediakan peralatan asas dan memastikan pematuhan protokol kebersihan
• Mengurus aliran pesakit di kawasan konsultasi untuk memastikan operasi lancar
Bil & Pembayaran
• Mengendalikan bil harian menggunakan sistem klinik
• Memastikan semua bayaran (tunai, QR, kad, tuntutan panel) direkod dengan tepat
• Penutupan harian: Padankan transaksi sistem dengan kutipan fizikal dan sediakan untuk penutupan akaun
Pentadbiran & Komunikasi
• Mengurus emel klinik dan mesej WhatsApp secara profesional
• Muat naik keputusan makmal ke rekod pesakit dan hubungi pesakit untuk pengambilan atau semakan
• Berurusan dengan panel dan pembekal apabila diperlukan
• Membantu pengurusan dokumen – invois, resit, log stok, tuntutan panel, dll.
Kebersihan & Penyelenggaraan Ringan
• Menyahkuman permukaan dan peralatan mengikut SOP kebersihan, terutama semasa musim selesema atau wabak
• Pembersih tetap disediakan, tetapi pembuangan sampah dan kebersihan asas adalah tanggungjawab bersama
Tugasan Berkala (Mengikut SOP)
Mingguan:
• Semakan inventori (disposable & ubat)
• WhatsApp peringatan pesakit
• Pengesahan temujanji
Bulanan:
• Stock-taking
• Penghantaran invois panel
• Pemantauan tarikh luput suntikan
Sekali-sekala:
• Pemeriksaan kit lawatan rumah
• Pengurusan pakej saringan kesihatan
• Persediaan kempen atau musim perayaan
Manfaat
Kemahiran
TAMAN PARAMOUNT
0.6 km
TAMAN BAHAGIA
1.1 km
ASIA JAYA
1.7 km
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.