- Sungai Buloh Selangor Malaysia

Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Tanggungjawab
BUILD THE BRAND. LEAD THE TEAM. DRIVE THE GROWTH.
Kopi Saigon sedang mencari seorang Marketing Manager yang berwawasan, kreatif dan berkaliber untuk membawa jenama kami ke tahap yang lebih tinggi!
Dengan pengalaman selama 5 tahun dalam industri F&B dan rangkaian perniagaan yang semakin berkembang, kami kini bersedia untuk melangkah lebih jauh serta mengukuhkan kedudukan Kopi Saigon sebagai salah satu jenama kopi pilihan di Malaysia.
Kami mencari seorang pemimpin pemasaran yang berani mencabar kebiasaan, mempunyai idea kreatif, berfikiran strategik dan mampu menterjemahkan idea kepada hasil perniagaan yang sebenar.
Anda akan memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju jenama, memimpin pasukan Creative & Marketing serta merancang strategi pemasaran yang mampu meningkatkan kesedaran jenama, menarik lebih ramai pelanggan dan memacu pertumbuhan jualan.
Kami mengutamakan calon yang mempunyai pengalaman kukuh dalam industri Food & Beverage (F&B), berkebolehan memimpin pasukan serta mempunyai rekod kejayaan dalam membangunkan jenama dan kempen pemasaran.
Jika anda seorang yang berani mengambil cabaran, mempunyai visi besar dan ingin meninggalkan impak dalam industri F&B, kami ingin mengenali anda!
Jom berkembang bersama Kopi Saigon dan cipta sesuatu yang lebih besar!
SKOP TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB1. Strategi Jenama & Pertumbuhan Perniagaan
2. Kempen Pemasaran & Promosi Jenama
3. Inovasi Produk & Pelancaran Produk Baharu
4. Prestasi Pemasaran & Pengurusan Bajet
5. Kepimpinan & Kerjasama Antara Jabatan
Pay: RM5,500.00 - RM6,000.00 per month
Benefits:
Work Location: In person
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.