jobs in KHATAM FESTIVE APPAREL SDN BHD

Kerja Sepenuh Masa Warehouse - Pick - Packers, Gaji tinggi MYR 2,500 di KHATAM FESTIVE APPAREL SDN BHD Selangor - Maukerja

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Shah Alam Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

Skop Kerja

  • Mengambil dan menyediakan barang mengikut pesanan pelanggan (pick).
  • Menyemak ketepatan jenis, saiz, warna dan kuantiti barang sebelum pembungkusan.
  • Melakukan pemeriksaan kualiti (QC) bagi memastikan barang bersih, berlabel betul dan bebas daripada kerosakan atau kecacatan.
  • Mengasingkan barang yang rosak atau tidak menepati standard kualiti serta melaporkannya kepada penyelia.
  • Membungkus barang dengan kemas dan selamat untuk penghantaran (pack).
  • Menyediakan dan menyusun pesanan untuk diserahkan kepada pihak kurier atau dimuatkan ke dalam lori penghantaran.
  • Menerima stok masuk serta menyemak kuantiti dan keadaan barang.
  • Menyusun, menyimpan dan mengisi semula stok di rak atau lokasi yang ditetapkan.
  • Membantu merekod pergerakan stok masuk dan keluar dalam sistem serta menjalankan kiraan stok berkala (stock count). Latihan penggunaan sistem akan diberikan.
  • Mengangkat dan memindahkan barang atau kotak secara manual atau menggunakan troli mengikut prosedur keselamatan.
  • Memastikan kawasan gudang sentiasa bersih, kemas dan selamat.
  • Melaksanakan tugas lain yang berkaitan seperti diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa.

Kelayakan

  • Minimum SPM atau setaraf.
  • Boleh bekerja dalam pasukan.
  • Rajin, bertanggungjawab dan boleh ikut arahan kerja.
  • Sanggup bekerja lebih masa jika diperlukan.
  • Pengalaman bekerja di gudang/logistik adalah satu kelebihan.
  • Calon tanpa pengalaman juga digalakkan memohon kerana latihan biasanya disediakan.

Pay: RM1,800.00 - RM2,500.00 per month

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut