- Jalan Kuala Segan Bintulu Sarawak Malaysia 97000

Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Kelayakan
Kami sedang mencari Juruteknik Pemasangan Mekanikalyang berpengalaman untuk menyokong kerja-kerja pemasangan, fabrikasi dan operasi peralatan di sebuah kemudahan tenaga boleh diperbaharui yang sedang berkembang pesat diBintulu, Sarawak.
Ini merupakan peluang yang sangat baik bagi calon yang mempunyai pengalaman dalam sektor pembuatan, minyak & gas, fabrikasi, kejuruteraan berat, pembinaan kapal, penyelenggaraan industri atau operasi loji untuk membina kerjaya dalam industri yang semakin mendapat permintaan.
Maklumat Jawatan
Industri: Tenaga Boleh Diperbaharui (Sustainable Renewable Energy)
Lokasi: Jalan Kuala Segan, 97000 Bintulu, Sarawak
Tempoh Kontrak: 12 bulan bersama PERSOL (berpotensi disambung berdasarkan prestasi)
Mod Kerja: Bekerja di lokasi (On-Site)
Waktu Kerja: Sistem syif (2 syif), 6 hari seminggu
Syif 1: 7.00 pagi – 4.00 petang
Syif 2: 3.30 petang – 12.30 tengah malam
Gaji: RM2,300 – RM3,000 sebulan (bergantung kepada pengalaman dan kemahiran)
Caruman statutori (EPF, SOCSO & EIS)
Cuti tahunan dan cuti perubatan
Perlindungan perubatan
Kerja Lebih Masa (OT): Mengikut keperluan operasi dan kelulusan syarikat
Syarat Kelayakan;
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2, Sijil Teknikal, Sijil Vokasional atau kelayakan setaraf.
Minimum 3 tahun pengalaman dalam salah satu atau lebih bidang berikut:
Pembuatan (Manufacturing)
Pemasangan Mekanikal (Mechanical Assembly)
Bengkel Fabrikasi
Operasi Loji
Penyelenggaraan Industri
Kejuruteraan Berat
Berpengalaman menggunakan peralatan tangan dan peralatan kuasa (power tools).
Mampu membaca lukisan teknikal asas dan membuat ukuran dengan tepat.
Mempunyai kemahiran asas komunikasi dalam Bahasa Inggeris bagi memahami arahan kerja dan prosedur keselamatan.
Bersedia bekerja mengikut sistem syif dan memenuhi keperluan operasi.
Kelebihan Tambahan
Pengalaman dalam kerja kimpalan (MIG, TIG, Arc Welding atau FCAW).
Pengalaman dalam kerja fabrikasi dan pemasangan (fitting).
Berpengalaman dalam industri Minyak & Gas, Tenaga, Penjanaan Kuasa, Limbungan Kapal atau Pembuatan Berat.
Mempunyai pengetahuan mengenai piawaian keselamatan dan sistem Permit-To-Work (PTW).
Calon Dari Industri Berikut Digalakkan Memohon
Fabrikasi Keluli
Pembinaan Kapal / Limbungan Kapal
Minyak & Gas
Pembuatan (Manufacturing)
Kejuruteraan Berat
Penyelenggaraan Industri
Loji Janakuasa
Kilang Kelapa Sawit
Pembinaan dan Bengkel Mekanikal
Tanggungjawab
Melaksanakan pemasangan komponen, peralatan dan sistem mekanikal berdasarkan lukisan serta spesifikasi teknikal.
Menjalankan kerja-kerja pemasangan, penjajaran, penggerudian, pengisaran, pemotongan dan penyediaan bahan.
Melakukan pemeriksaan kualiti bagi memastikan hasil kerja mematuhi keperluan kejuruteraan.
Membaca dan mentafsir lukisan teknikal, prosedur kerja dan arahan operasi.
Membantu dalam aktiviti kimpalan, fabrikasi, pemasangan bolt, rivet dan pemasangan mekanikal mengikut kelayakan dan kemahiran.
Memantau keadaan peralatan serta melaporkan sebarang kerosakan, isu keselamatan atau masalah operasi.
Membantu dalam aktiviti penyelenggaraan berkala, penyelesaian masalah (troubleshooting) dan operasi loji.
Menyimpan rekod kerja dan dokumentasi dengan tepat.
Mematuhi prosedur keselamatan, penggunaan PPE dan peraturan alam sekitar yang ditetapkan.
Manfaat
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.