AUTO PRIMA COLLEGE merupakan sebuah pusat bertauliah Kemahiran dan kini beroperasi sepenuhnya di Kemuning Utama, Shah Alam, Selangor. Kami ingin menawarkan kekosongan jawatan sebagai Pegawai Penilai (Automotif).
Syarat kelayakan adalah seperti berikut :
Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah dalam bidang berkaitan serta Diploma Automotif ( TP-310-4 )
Wajib mempunyai Sijil VTO / TVET-I dan Sijil Induksi Pentauliahan
Mempunyai pengalaman sebagai pegawai penilai adalah satu kelebihan
Bebas dari tunggakan PTPK
Mempunyai pengetahuan dalam sistem Myspike
Boleh bekerja di Shah Alam, Selangor
Bagi calon yang berminat untuk memohon jawatan ini, sila hantarkan resume terkini ke ************* atau whatapp ************* ( Pn. Syafiqah )