# Customer Service (Khidmat Pelanggan)
**Syarikat:** Fixguru (IAM Worldwide Sdn Bhd)
**Lokasi:** Klang, Selangor
### Mengenai Kami
Fixguru merupakan syarikat pembekal dan pengeluar bahan pembungkusan seperti kotak, courier bag, bubble wrap dan pelbagai produk pembungkusan lain.
### Tanggungjawab Kerja
- Melayan pertanyaan pelanggan melalui WhatsApp dan telefon.
- Membantu pelanggan memilih produk yang sesuai.
- Menyediakan sebut harga dan memproses pesanan pelanggan.
- Membuat susulan dengan pelanggan untuk mendapatkan jualan.
- Membantu menyelesaikan masalah dan pertanyaan pelanggan.
- Mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan.
### Kelayakan
- Minimum SPM.
- Boleh berkomunikasi dengan baik dan mesra pelanggan.
- Mempunyai pengetahuan asas komputer.
- Bertanggungjawab dan bersedia untuk belajar.
- Pengalaman tidak diperlukan. Latihan disediakan.
### Faedah
- Gaji asas + insentif.
- KWSP, PERKESO & EIS.
- Cuti tahunan dan faedah perubatan.
- Persekitaran kerja yang mesra.
- Peluang perkembangan kerjaya.
**Berminat? Mohon sekarang dan sertai pasukan Fixguru!**
whatsapp kita di *************
*************