
by Muni
Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong mengumumkan bahawa kerajaan sedang menilai semula kadar gaji minimum negara. Pengumuman ini diikuti oleh kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, yang menyatakan bahawa impian graduan baru untuk memperoleh gaji minimum RM3,000 mungkin akan menjadi kenyataan.
Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa kadar gaji minimum baharu masih dalam peringkat perbincangan. Sehingga ada pengumuman lanjut, kadar gaji minimum semasa kekal pada RM1,500.
Pada 1 Mei 2022, kadar gaji minimum untuk pekerja swasta telah ditetapkan pada RM1,500. Ini terpakai kepada mana-mana majikan yang menggaji lima atau lebih pekerja. Penetapan ini adalah sebahagian daripada Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2022 di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).
Antara penetapan utama adalah:
Kadar ini terpakai di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
Baca Juga: Cara Kira Gaji Basic RM1500 Hingga RM400
Majikan yang gagal mematuhi penetapan kadar gaji minimum boleh dikenakan penalti yang digariskan dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011:
Gaji minimum yang ditetapkan adalah gaji kasar, bermaksud ia belum ditolak sebarang potongan. Mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, Seksyen 2, gaji minimum adalah gaji pokok yang wajib dicarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).
Formula pengiraan gaji adalah:
Gaji Bersih=Gaji Pokok−Potongan WajibGaji Bersih=Gaji Pokok−Potongan Wajib
Setakat ini, kadar gaji minimum negara kekal pada RM1,500 sehingga ada pengumuman baru. Jumlah ini juga perlu dipotong untuk caruman KWSP, PERKESO, dan SIP. Pemerhatian dan perbincangan lanjut oleh pihak kerajaan akan menentukan sama ada kadar gaji minimum akan dinaikkan, memenuhi harapan graduan baru untuk mendapat gaji minimum RM3,000.
Pekerjaan Terkenal:
Panduan Kerjaya:
Lokasi: