Cara Kira Gaji Basic RM1500 Hingga RM4000

terima gaji

Sejak 1 Mei 2022, kadar gaji minimum di Malaysia telah ditetapkan pada RM1,500 bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih dalam satu syarikat. Penetapan ini telah digazetkan dalam Perintah Gaji Minimum 2022 dan ditegaskan lagi dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022). Salah satu perubahan penting adalah kenaikan had gaji kelayakan untuk tuntutan bayaran overtime (OT) daripada RM2,000 kepada RM4,000.

Kelayakan Tuntutan Overtime (OT)

Berdasarkan pindaan ini, mana-mana pekerja yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah, tanpa mengira pangkat, layak untuk menerima bayaran OT apabila diminta untuk bekerja lebih masa oleh majikan.

Nak tahu sama ada gaji korang underpaid atau tak? Klik disini untuk check

Pemahaman Tentang Tempoh Waktu Bekerja dan Overtime (OT)

Mengikut Seksyen 60A (9), Akta Kerja 1955, waktu bekerja ditakrifkan sebagai masa di mana pekerja berada di bawah arahan majikan dan tidak bebas menggunakan masa tersebut untuk tujuan peribadi. Antara syarat tempoh waktu bekerja yang ditetapkan dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) adalah:

  • Pekerja tidak boleh bekerja lebih dari 5 jam tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit.
  • Pekerja tidak boleh bekerja kurang dari 8 jam sehari.
  • Pekerja tidak boleh bekerja lebih dari 10 jam sehari berturut-turut.
  • Pekerja tidak boleh bekerja lebih 45 jam seminggu (dikurangkan dari 48 jam seminggu).

Jika majikan meminta pekerja bekerja melebihi had ini, pekerja layak menuntut bayaran OT. Had kerja OT yang dibenarkan juga adalah sebanyak 104 jam sebulan seperti yang digariskan dalam Peraturan (Had Kerja Lebih Masa) 1980.

Baca Juga: Elaun Penjawat Awam

Formula Pengiraan Bayaran Overtime (OT)

Untuk mengira kadar bayaran OT, penting untuk memahami jenis-jenis kerja lebih masa yang melayakkan tuntutan bayaran tambahan. Terdapat tiga kategori utama:

  1. Bekerja lebih masa pada hari biasa: Kadar OT pada 1.5 kali.
  2. Bekerja pada hari cuti rehat: Kadar OT pada 2.0 kali.
  3. Bekerja pada hari cuti umum: Kadar OT pada 3.0 kali.

Cara Mengira Ordinary Rate Pay (ORP) dan Hourly Rate Pay (HRP)

Ordinary Rate Pay (ORP): Jumlah Gaji Bulanan / 26
Hourly Rate Pay (HRP): ORP / Jam Bekerja Sehari

Contoh Pengiraan:

Liyana bekerja sebagai Designer dengan jam bekerja 8 jam sehari dari Isnin hingga Sabtu, dan menerima gaji sebanyak RM2,500 sebulan.

Situasi 1:

  • ORP: RM2,500 / 26 = RM96.15
  • HRP: RM96.15 / 8 = RM12.01

Situasi 2: Pada bulan September, Liyana membuat OT 3 jam pada Isnin, dan majikan meminta lagi 3 jam OT pada Ahad serta 3 jam pada 16 September (Hari Malaysia).

  • Hari Biasa: RM12.01 x 3 x 1.5 = RM54.05
  • Hari Cuti Rehat: RM12.01 x 3 x 2.0 = RM72.06
  • Hari Cuti Umum: RM12.01 x 3 x 3.0 = RM108.09

Kelayakan Tuntutan OT untuk Gaji Lebih RM4,000

Pekerja yang bergaji lebih RM4,000 tidak layak menuntut bayaran OT berdasarkan Akta Kerja 1955. Mereka boleh menolak permintaan untuk membuat OT kerana tidak akan menerima bayaran tambahan. Sebaliknya, mereka boleh mendapatkan cuti ganti sebagai alternatif.

Penetapan baru dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) adalah langkah positif untuk melindungi hak pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah dalam menuntut bayaran OT. Memahami peraturan dan formula pengiraan OT akan membantu pekerja dan majikan menguruskan masa dan bayaran kerja lebih masa dengan lebih efektif. Jika terdapat sebarang ketidakadilan, pekerja disarankan untuk melaporkan isu tersebut kepada Jabatan Tenaga Kerja.

Pekerjaan Terkenal:

Jawatan Kosong KerajaanWFH Customer ServiceKerja Dari RumahKerja Fresh GradSalesMarketingAdminF&BKerja FreelancePekerjaan Hybrid |Kerja Sepenuh MasaKerja Separuh MasaInternshipKerja KontrakApprenticeshipCari Lebih Banyak Pekerjaan

Lokasi:

Singapore| Kuala LumpurAlor Setar, KedahSungai Petani, KedahPenangPetaling Jaya, SelangorShah Alam, SelangorKuchingJohorMelakaKuantan, PahangIpoh

Share

Was these page helpful?

Your feedback helps us improve search results