

by Maukerja Team
Tahukah anda, PERKESO / SOCSO memberikan pelbagai kemudahan kepada pekerja, terutamanya bantuan seperti kehilangan pekerjaan, perlindungan / pampasan akibat jangkitan tempat kerja dan juga kecederaan. Maka penting untuk pekerja mengetahui nombor SOCSO atau no PERKESO masing-masing. Jika anda terlupa bagaimanakah cara check SOCSO / No PERKESO, di sini dikongsikan cara mudah untuk buat semakan nombor ahli bagi memudahkan anda menguruskan hal pekerjaan.
SOCSO (Social Security Organisation) atau PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) adalah sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Manusia pada tahun 1971. Seperti yang dinyatakan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, semua syarikat swasta dikehendaki mendaftar dengan PERKESO di Malaysia.
SOCSO menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja di sektor swasta dari segi wang tunai dan faedah sekiranya berlaku kecederaan di tempat kerja, penyakit pekerjaan, kecemasan dan kematian. Kedua-dua majikan dan pekerja digalakkan untuk menyumbang kepada pembayaran PERKESO. Pekerja akan membayar jumlah yang lebih kecil bergantung kepada pendapatan mereka, dengan kadar caruman antara 0.5% hingga 3%. Bagaimanapun, caruman SOCSO adalah pilihan bagi pekerja yang mendapat gaji bulanan melebihi RM3,000.
Berikut adalah antara cara check SOCSO atau nombor PERKESO yang perlu anda tahu:
1. Check SOCSO Melalui No IC:
2. Check SOCSO Melalui Slip Gaji:
3. Check SOCSO Melalui Talian Hotline:
Jika ini kali pertama anda memohon faedah perubatan, berikut ialah dokumen yang perlu anda serahkan:
Dokumen tambahan ini adalah seperti:
Walau bagaimanapun, PERKESO akan menentukan jumlah pembayaran balik jika anda dirawat di kemudahan perubatan bukan PERKESO. Adapun, jika anda cedera akibat kemalangan di tempat kerja, anda boleh memohon faedah hilang upaya kekal tanpa mengira kemampuan anda untuk bekerja. Untuk memfailkan tuntutan ini, anda perlu pergi ke pejabat PERKESO dengan surat rujukan daripada lembaga perubatan.
Berikut ialah dokumen yang anda perlu sediakan:
Kadar faedah ialah 90% daripada gaji harian anda. Jika lembaga perubatan meluluskan permohonan anda, anda boleh memilih untuk terus bekerja. Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan itu, anda boleh memfailkan rayuan dalam tempoh 90 hari dari tarikh notis.
Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran dan semakan nombor PERKESO, sila rujuk laman web rasmi PERKESO.
Dah Penat Cari Kerja? Klik je kat bawah ini dan biar kerja pula yang cari anda!
Pekerjaan Terkenal:
Panduan Kerjaya:
Lokasi: