100 Soalan Temuduga SPA Dan Swasta

interview

Menghadiri temuduga boleh menjadi satu pengalaman yang mendebarkan, terutama bagi calon yang baru pertama kali melaluinya. Tidak kira sama ada anda akan menghadiri temuduga SPA kerajaan atau sektor swasta, persediaan yang rapi amat penting. Salah satu cara terbaik untuk bersedia adalah dengan mengetahui soalan-soalan yang mungkin akan ditanya oleh penemuduga.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan koleksi 100 soalan temuduga SPA Kerajaan & Swasta paling popular yang sering ditanya oleh penemuduga. Dengan mengetahui soalan-soalan ini, anda boleh membuat persediaan yang lebih baik untuk menjawab dengan yakin dan tepat.

100 Soalan Interview SPA & Swasta

Soalan Asas Temuduga SPA Kerajaan & Swasta

1. Ceritakan tentang diri anda.

2. Apakah kelebihan diri anda?

3. Apakah kekurangan diri anda?

4. Mengapa anda inginkan kerja ini?

5. Apakah yang ingin anda capai dalam karier anda dalam 5 tahun akan datang?

6. Apakah jenis syarikat yang ideal untuk anda bekerja?

7. Mengapakah anda tertarik dengan syarikat ini?

8. Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja?

9. Apakah perkara yang anda suka terhadap kerjaya anda sebelum ini?

10. Mengapakah anda berasa tidak puas hati dengan pekerjaan anda sebelum ini?

11. Apakah kelebihan yang ada pada diri anda dan tidak ada pada orang lain?

12. Apakah tugas serta tanggungjawab anda dalam pekerjaan sebelum ini?

13. Mengapakah anda meninggalkan kerja lama?

14. Sejauh mana pengetahuan anda tentang industri ini?

15. Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?

16. Adakah anda bersedia sekiranya dipindahkan tempat kerja?

17. Anda ada apa-apa soalan untuk saya?

Baca Juga: Jawab Soalan Ketika Interview Guna Kaedah STAR

Soalan Berkaitan Sikap Calon Temuduga

18. Apakah projek terakhir yang anda jalankan di tempat kerja lama? Bagaimana pencapaian projek tersebut?

19. Berikan contoh masa selain waktu kerja yang boleh anda hadir untuk bekerja.

20. Bilakah hasil kerja anda boleh dikritik?

21. Adakah anda pernah berada di dalam kumpulan kerja yang mempunyai ahli lelap? Jika ya, bagaimana anda mengendalikannya?

22. Bilakah anda berasa sukar untuk memberi maklum balas? Terangkan bagaimana anda mengendalikannya.

23. Apakah kegagalan terbesar anda dan apakah yang dapat anda pelajari daripadanya?

24. Bagaimanakah cara anda bekerja dengan orang yang tidak menyenangkan anda?

25. Jika saya merupakan supervisor anda dan saya mengarahkan anda melakukan sesuatu yang anda tidak setuju, apakah tindakan anda?

26. Apakah perkara paling sukar dalam hidup anda dan bagaimana anda mengendalikannya?

27. Berikan saya satu contoh kesilapan yang mungkin anda lakukan dan bagaimana anda mengendalikannya.

28. Kongsikan dengan kami konflik yang anda pernah hadapi di tempat kerja dan bagaimana anda mengendalikannya.

29. Jika syarikat melakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang, apakah tindakan anda?

30. Jika anda sedang berada dalam jamuan tengah hari dan memesan menu yang jarang dipesan, apakah tindakan anda?

31. Tugasan apakah yang paling susah buat anda dan bagaimana anda mengendalikannya?

32. Apakah keputusan yang paling sukar yang pernah anda ambil dalam masa 2 tahun lepas dan bagaimana anda mengendalikannya?

33. Bagaimana anda ingin menyelesaikan tugas yang banyak dan mustahil untuk anda selesaikan sebelum pulang kerja?

Baca Juga: Tips Menghadiri Interview - Do’s Dan Don’t

Soalan Berkaitan Gaji

34. Berapakah gaji yang anda inginkan?

35. Berapakah gaji anda dalam pekerjaan lama?

36. Jika saya beri anda gaji yang anda minta, mampukah anda memberi perkhidmatan terbaik?

37. Jika kualiti kerja menurun, sanggupkah anda dipotong gaji?

Soalan Berkaitan Perkembangan Karier Calon Temuduga

38. Apakah target anda dalam perkembangan karier?

39. Bagaimanakah anda boleh meningkatkan produktiviti kerja dalam tahun berikutnya?

40. Apakah matlamat anda dalam kerjaya ini sekiranya anda diterima bekerja?

41. Jika kami memohon supervisor tempat kerja lama anda memberi latihan tambahan, apakah cadangannya?

Soalan Aspek Permulaan

42. Bagaimana cara anda membina kredibiliti untuk bekerjasama dalam kumpulan dengan pantas?

43. Berapa lamakah masa yang anda perlukan untuk memberikan sumbangan yang signifikan?

44. Apakah target anda dalam masa 30 hari anda bekerja?

45. Terangkan strategi anda dalam masa 90 hari jika anda diterima bekerja di tempat ini.

Baca Juga: Cara Jawab Soalan “Tell Me About Yourself” Dalam Interview

Soalan Tambahan Tentang Diri Anda

46. Bagaimanakah cara anda menerangkan cara kerja anda?

47. Persekitaran kerja bagaimana yang sesuai dengan anda?

48. Apakah teknik anda untuk memastikan kerja anda terurus?

49. Adakah anda seorang "big-picture person" atau "detail-oriented person"?

50. Apakah pencapaian tertinggi anda yang boleh dibanggakan?

51. Nyatakan strategi anda dalam perancangan kerja.

52. Nyatakan pengurus yang paling anda gemari dan mengapa.

53. Berikan pendapat anda tentang pengurus lama anda.

54. Adakah terdapat seseorang individu yang berjaya mengubah anda dalam karier?

55. Apakah personaliti orang lain yang anda selesa bekerja bersama dan mengapa?

56. Apakah perkara yang membanggakan anda?

57. Apakah perkara kegemaran anda yang sering anda lakukan?

58. Apakah impian yang menjadi idaman sepanjang hidup anda?

59. Apakah cita-cita yang paling anda impikan?

60. Apakah misi peribadi anda?

61. Nyatakan 3 perkara positif yang majikan dahulu katakan tentang anda.

62. Nyatakan perkara negatif yang majikan terdahulu katakan tentang anda.

63. Nyatakan 3 personaliti yang rakan anda terangkan tentang anda.

64. Apakah 3 perkara positif yang anda tidak miliki?

65. Apakah daya tarikan yang anda lihat pada seseorang sekiranya anda menemuduga seseorang itu?

66. Berikan 5 perkataan yang menerangkan diri anda.

67. Siapakah yang memberi impak terbesar buat anda dalam karier dan bagaimana?

68. . Apakah perkara yang paling anda lakukan?

69. Apakah perkara yang paling anda sesali dan mengapa?

70. Nyatakan perkara paling penting yang anda pelajari di sekolah.

71. Mengapakah anda memilih subjek major anda?

72. Nyatakan perkara yang anda terlepas dalam karier anda.

73. Apakah pencapaian terbaik anda di luar skop kerja?

74. Apakah kualiti yang ada pada pemimpin yang bagus dan yang tidak bagus?

75. Adakah pemimpin perlu ditakuti atau disukai?

76. Apakah perasaan anda berkata tidak untuk menjawab?

77. Apakah perasaan anda apabila bekerja dengan orang yang kurang pengetahuan dari anda?

78. Bagaimanakah saya boleh kategorikan anda sebagai penemuduga?

79. Beritahu satu perkara tentang diri anda yang anda tidak mahu saya tahu.

80. Jelaskan perbezaan antara bagus dan luar biasa.

81. Apakah jenis kereta anda?

82. Tiada jawapan benar atau salah tetapi jika anda diberi peluang untuk berada di mana-mana sahaja di dunia ketika ini, di manakah anda akan berada?

83. Apakah tajuk buku terakhir yang anda baca?

84. Adakah anda melanggan majalah? Jika ya, nyatakan nama majalah tersebut.

85. Nyatakan filem yang anda tonton di wayang tahun lepas.

86. Jika anda memenangi wang tunai dalam pertandingan, apakah yang bakal anda lakukan dengan duit tersebut?

87. Siapakah orang yang anda anggap sebagai hero?

88. Apakah perkara yang akan anda lakukan untuk berseronok?

89. Apakah yang sering anda lakukan semasa masa terluang?

90. Apakah memori yang paling anda suka semasa kanak-kanak?

Baca Juga: Tanya 4 Soalan Ni Masa Interview Untuk Tarik Perhatian Penemuduga

Soalan Berkaitan Uji Minda Calon Temuduga

91. Berapa kali jarum jam bergerak dalam masa 24 jam?

92. Apakah 10 cara lain menggunakan pen selain menulis?

93. Jual kepada saya pen ini.

94. Sekiranya anda berpeluang menjadi menteri, menteri apakah yang anda ingin jadi? Mengapa?

95. Di manakah terletak bulu halus bola tenis?

96. Jika anda berpeluang memilih watak seorang hero, hero manakah yang akan anda pilih? Mengapa?

97. Jika anda boleh membuang sebuah negara daripada dunia ini, negara manakah yang bakal anda buang?

98. Bagaimanakah anda boleh mengikat kasut sekiranya mata anda tertutup?

99. Bagaimana untuk anda hadapi jalan raya yang sesak untuk pergi ke tempat kerja

100. Mengapakah anda tetap menggunakan jalan raya yang sesak walaupun anda sudah mengetahuinya?

Kini, anda sudah mengetahui 100 soalan temuduga SPA Kerajaan & Swasta yang paling popular ditanya oleh penemuduga. Dengan persediaan yang rapi, anda boleh menjawab soalan-soalan ini dengan yakin dan menunjukkan kebolehan serta keperibadian anda yang terbaik. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda yang bakal menghadiri temuduga. Selamat berjaya!

Pekerjaan Terkenal:

Kerja Kosong KelantanPart TimeKerja Dari RumahGuruBankOperator KilangGuru TadikaSPMKerja Kosong SingaporePemandu LoriKeraniKerja Kosong MelakShopee ExpressWatsonOffshoreJawatan Kosong KerajaanDriver

Panduan Kerjaya:

Template ResumeTemplate Cover Letter| Soalan & Jawapan InterviewPerkembangan Kerjaya |Gaji & Info Pekerjaan

Share

Was these page helpful?

Your feedback helps us improve search results