Susun Maklumat Secara Betul Dalam Resume

resume

Bagi graduan yang baru menamatkan pengajian, soalan yang sering muncul adalah "Apakah maklumat yang perlu saya masukkan dalam resume?" dan "Bagaimana untuk menyusun maklumat dalam resume mengikut susunan yang betul?". Artikel ini akan membantu anda memahami maklumat-maklumat yang perlu dimasukkan dalam resume serta cara penyusunan yang tepat.

Maklumat Penting Untuk Diletakkan Dalam Resume

Berikut adalah maklumat yang wajib dimasukkan dalam resume, disusun mengikut turutan yang betul:

  1. Nama dan Maklumat Kontak
  2. Ringkasan Karier
  3. Sejarah Pekerjaan
  4. Skil
  5. Pendidikan
  6. Penglibatan
  7. Pencapaian

Baca Juga: Cara Menghantar Email Follow-Up

Cara Susun Maklumat Secara Betul Dalam Resume

1. Nama dan Maklumat Kontak

  • Di bahagian atas resume, sertakan nama penuh, alamat email yang profesional, nombor telefon, dan alamat kediaman. Alamat sangat penting terutamanya jika anda memohon pekerjaan di luar kawasan.
  • Gunakan corak yang sederhana dengan warna yang menarik tetapi tidak mengganggu perhatian penemuduga. Font yang formal seperti Arial dan Times New Roman adalah pilihan yang baik.

2. Ringkasan Karier

  • Letakkan ringkasan karier di bawah nama dan maklumat kontak. Maklumat ini hanya memerlukan 2 hingga 3 baris yang meringkaskan kelayakan dan pencapaian utama anda sepanjang karier. Elakkan menulis objektif kerana majikan sudah memahami bahawa objektif anda adalah untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.

3. Sejarah Pekerjaan

  • Jika anda pernah bekerja (termasuk latihan industri), maklumat ini adalah sangat penting. Susun sejarah pekerjaan berdasarkan urutan masa, dengan yang paling terkini di atas. Sertakan tajuk jawatan, nama syarikat, dan tarikh bekerja. Gunakan point form untuk menerangkan pencapaian anda, bukan sekadar tugas harian.

Baca Juga: Senarai Reference Yang Sesuai Dalam Resume

4. Skills

  • Ruangan skil adalah penting kerana majikan mencari calon yang memiliki kemahiran yang relevan. Letakkan skil yang relevan dengan pekerjaan yang anda pohon. Walaupun sejarah pekerjaan perlu diletakkan dahulu, ruangan skil juga penting untuk menunjukkan kemahiran khusus yang anda miliki.

5. Pendidikan

  • Di bahagian pendidikan, nyatakan nama institusi, bidang pengajian, dan tarikh graduasi. Jika anda mempunyai GPA yang tinggi (antara 3.00 – 4.00), sertakan maklumat ini. Jika tidak, anda boleh memilih untuk tidak memasukkan GPA.

6. Penglibatan

  • Jika anda aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau komuniti, sertakan maklumat ini. Nyatakan lokasi, tarikh, dan nama aktiviti. Jika anda tidak terlibat dalam sebarang aktiviti, anda boleh abaikan bahagian ini.

7. Pencapaian

  • Sertakan semua pencapaian dan anugerah yang pernah diterima. Anda boleh memilih untuk memisahkan pencapaian ini kepada bahagian-bahagian seperti pencapaian akademik dan kokurikulum, atau menggabungkannya dalam satu bahagian.

Semoga panduan ini membantu anda menyusun resume dengan maklumat yang lengkap dan susunan yang betul. Selamat menulis resume dan semoga berjaya dalam pencarian pekerjaan anda!

Pekerjaan Terkenal:

Kerja Kosong Kelantan|Part Time|Kerja Dari Rumah|Guru|Bank|Operator Kilang|Guru Tadika|SPM|Kerja Kosong Singapore|Pemandu Lori|Kerani|Kerja Kosong Melaka|Shopee Express|Watson|Offshore|Jawatan Kosong Kerajaan|Driver

Panduan Kerjaya:

Template Resume|Template Cover Letter| Soalan & Jawapan Interview|Perkembangan Kerjaya |Gaji & Info Pekerjaan

Share

Was these page helpful?

Your feedback helps us improve search results