Nur Farah Husna Binti Mustaffa's avatar'
Nur Farah Husna Binti Mustaffa3 tahun yang lepasImprove Work Performance

macam mana nak apply kerja blh dpt ke

0
Sera's avatar'
Sera3 tahun yang lepas

Ya, saya tahu buat masa sekarang susah nak mencari kerja tetapi jangan risau, mudah sahaja untuk apply kerja. Asalkan awak ikut cara yang betul untuk memudahkan awak mendapat kerja. Salah satunya;


Sediakan Resume


Sebenarnya ramai majikan yang sedang mencari pekerja, jadi apa yang awak perlukan adalah resume yang lengkap. Awak boleh mendapatkan template resume di sini

>> AskPro Starter Kit . Selain dari itu, awak harus pastikan resume awak mempunyai informasi yang berikut seperti, maklumat peribadi seperti nama, email, nombor telefon dan juga alamat tempat tinggal awak sekarang. Selain itu, awak juga harus meletakkan pengalaman bekerja anda, jika dan juga maklumat akademik awak. Jika awak tak pasti, awak boleh melakukan konsultasi bersama saya atau HR lain di AskPro Resume Review


2.Memohon Kerja Dengan Cara Yang Betul


Memohon kerja juga ada caranya, awak perlu memastikan pekerjaan yang awak cari tu sesuai dengan kelayakan yang awak ada. Jika di dalam iklan tersebut menyatakan mereka memerlukan pengalaman 3 tahun sekurang-kurangnya, tetapi awak tetap memohon posisi tersebut, besar kemungkinan peluang awak tipis untuk mendapatkan kerja tersebut. Jadi, awak harus membaca apa yang tertera di maklumat pekerjaan, jika semuanya bersesuaian tiada masalah untuk awak memohon pekerjaan tersebut. 


3. Membina rangkaian kerja (Work Network)


Ini antara benda yang penting, untuk pencari kerja terutamanya di social media. Social media boleh membantu anda untuk mencari kerja & juga mendapatkan pekerjaan. Anda harus memastikan social anda bersih dari perkara yang negatif dan juga memaparkan diri anda yang sebenar.


Harapnya jawapan saya ini membantu. Jika anda masih perlukan nasihat, boleh layari website AskPro. Semoga berjaya!

0