- Tamarind Square 62988 Cyberjaya Cyberjaya Malaysia 62988
Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Kelayakan
Ijazah Sarjana Muda atau Diploma dalam bidang Pemasaran, Komunikasi Massa, Media, Pengiklanan, Penyiaran, Kreatif atau bidang berkaitan.
Mempunyai kreativiti yang tinggi dan kemahiran penulisan yang inovatif.
Mampu menghasilkan kandungan yang menarik, jelas dan sesuai untuk pelbagai platform media sosial/media tradisional.
Mampu menjadi hos yang cemerlang untuk kandungan media sosial, sama ada secara langsung atau rakaman.
Mempunyai kemahiran komunikasi bertulis dan lisan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu yang cemerlang.
Kreatif, berfikiran pantas, proaktif dan teliti dalam melaksanakan tugas.
Peka terhadap trend media sosial, budaya digital, format video pendek dan perkembangan kandungan semasa.
Mempunyai kemahiran asas dalam penulisan skrip, penciptaan tajuk, penceritaan dan kreativiti kandungan.
Mampu mengurus akaun media sosial, menjadualkan siaran, memantau interaksi dan menyediakan laporan prestasi.
Boleh bekerja secara bebas dan juga bekerjasama dalam pasukan.
Boleh bekerja di bawah tekanan, menguruskan tarikh akhir dan menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan projek.
Bersedia untuk memberikan sokongan di luar waktu pejabat biasa, termasuk hujung minggu, cuti umum dan cuti kelepasan am, jika diperlukan untuk acara, pelancaran, arahan pelanggan atau pengurusan.
Bersedia untuk melakukan perjalanan perniagaan jika perlu.
Memiliki lesen memandu yang sah dan kenderaan persendirian.
Tanggungjawab
Membangunkan idea kandungan yang kreatif, relevan dan menarik untuk tidak terhad kepada platform media sosial, kempen digital, video, artikel pendek, caption, skrip dan bahan promosi.
Menulis kandungan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengikut tona jenama, objektif kempen dan sasaran audiens.
Menghasilkan copywriting tidak terhad untuk media sosial, video promosi, video podcast, video liputan, poster digital, kempen pelanggan dan bahan komunikasi lain.
Membina kapsyen yang boleh disesuaikan kepada setiap platform media sosial yang terpakai
Menyusun kandungan secara berdikari berdasarkan brief, strategi kempen dan arahan kreatif yang diberikan.
Memastikan setiap kandungan yang dihasilkan adalah jelas, tepat, menarik dan sesuai dengan platform yang digunakan.
Menjadi presenter atau penyampai untuk kandungan media sosial sama ada secara langsung atau rakaman, sekiranya diperlukan.
Mampu berkomunikasi dengan baik di hadapan kamera dan menyesuaikan gaya penyampaian mengikut jenis kandungan, audiens dan platform.
Mampu mencari dan menemubual orang umum untuk penerbitan video testimoni
Memantau dan mengurus akaun media sosial termasuk memuat naik, menjadualkan, memantau dan menganalisis hantaran.
Memberi respons kepada komen, mesej dan pertanyaan audiens berdasarkan panduan atau kelulusan penyelia.
Menyokong pelaksanaan digital, amplifikasi media sosial dan engagement kempen melalui posting, repost, share, komen, interaksi dan tindakan berkaitan melalui saluran rasmi yang diluluskan.
Memantau perkembangan kandungan atau isu semasa di media sosial dan memaklumkan kepada penyelia sekiranya terdapat perkara yang memerlukan tindakan segera.
Menyokong aktiviti komunikasi digital pelanggan secara beretika, profesional dan selaras dengan garis panduan platform serta imej jenama.
Manfaat
Kemahiran
PUTRAJAYA SENTRAL
1.5 km
CYBERJAYA CITY CENTRE
1.7 km
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.