N** M****** I*****'s avatar'
N** M****** I*****1 tahun yang lepasMauLuah

Suami tipu gaji cakap RM2500 tapi sebenarnya RM1500, saya kecewa

Hi min i nak luahkan perasaan i sebagai seorang isteri, sebelum kahwin husband cakap gaji dia, RM2500. Lepas kahwin baru tahu gaji sebenar dia RM1500 min. Itu pun sebab i terjumpa payslip dia dalam laci. Dah berapa lama agak nya dia tipu i kan. Lepas tu min, birthday i dengan mak mertua i sama. Which is 11/3 so i cakaplah dengan dia jomlah celebrate birthday i kat satu cafe yang i nak sangat pergi ni. Dia pun bawaklah i, so after dah sampai kedai tu i pun order lah makanan dan air yang i nak. After dah habis makan nak pergi bayar husband i cakap mahalnya lepas tengok harga makanan tu, lepastu dia cakap lepasni makan kat mamak atau kedai tepi jalan tu jelah. I kat situ terasa dan kecik hati yelah kenapa cakap macam tu kan. I pernah juga cakap dgn husband i "nak hadiah cincin boleh tak? Cincin murah je yang tak sampai 250. cincin belah rotan. ada je yg 1-2g je. If terlebih harga, i tambah duit i sendiri" lepas tu dia kata "if i belikan cincin untuk u, i kena belikan cincin untuk mak i jugak. Mak i bukannya nak cincin lokek. Mesti nak yg mahal. i takde duit. So tak payahlah ye?". Hancur hati i min. Sejak dari tu i tak suka birthday i sendiri. I terasa bila dia cakap macam tu, dengan isteri pun dia berkira padahal i dah cakap kalau tak cukup i tambah guna duit sendiri. Lepastu pasal beli barang dapur pula, ada satu hari tu barang dapur kebanyakannya dah habis so i ajak lah dia nak pergi beli barang dapur. Min tahu apa yang kami dapat beli? Kami dapat beli telur dengan minyak masak je min. Sebab sebelum masuk pasaraya tu husband dah cakap beli barang jangan sampai RM50 ke atas. Dia tak tahu ke dengan ekonomi sekarang ni semua barang dah mahal. Nak bayar bill api air pun i yang bayar min sebab gaji dia tak cukup untuk bayar. Sewa rumah pun i yang bayar min, macam mana ni min? Baik i hidup bujang kalau semua i yang bayar. I dah hilang sabar sampai i cakap kat dia kalau dia tak mampu nak tanggung i dah better lepaskan i. I kecewa min sebab dia tipu i cakap gaji RM2500 tapi sebenarnya RM1500. Kenapa dia tak jujur je dengan i, adakah dia rasa terpaksa kawin dengan i sebab tu dia tipu i min? Kalau dia jujur dengan i boleh lah i pertimbangkan tarikh nak kawin and bagi dia masa lagi untuk dia kumpul duit.
2
*'s avatar'
*1 tahun yang lepas
90% orang bercerai sebab duit, kalau sayangkan suami lagi,suruhlah suami cari kerja yang gaji lagi banyak,ataupun kalau dia takmau suruhlah dia buat kerja sampingan macam food panda ke,grab food ke,hujung minggu mesin rumput ke..
0