a*** t**'s avatar'
a*** t**1 tahun yang lepasResignation Concerns

X TAU ONCE I MASUK KERJA PERLU BAGI SURAT RESIGN. Majikan tolak gaji saya lebih daripada 50% kerana saya tidak bagi notis sebulan asalkan saya dah beritahu manager saya bekerja sebulan sahaja.

Sebelum interview di restoran perkhidmatan cepat, saya dah beritau manager awal awal tentang saya buat part time sebulan sahaja. Sebelum resign, saya telah bagi 2 minggu notis. Selepas itu, saya terkejut gila kerana gaji yang saya dapat selepas bekerja sebulan tak sampai pun RM 500. Majikan telah potong gaji saya lebih daripada 50%. Manager saya cakap kerana saya tak bagi notis sebulan dan dia sendiri pun ingat perlu bagi 2 minggu notis. So, saya pun terkejut manager tak cakap pun once saya masuk kerja perlu bagi surat resign. Sekarang masalahnya ialah saya yakin HR tak tau saya buat sebulan je dan ingat saya berhenti kerja secara sesuka hati. Saya tidak puas hati dengan kelemahan management majikan itu kerana tidak beritau saya awal. Saya tidak tahu gaji yang dipotong akan dipulangjan balik tak dan bercadang untuk membuat aduan. Oleh itu, bolehkan sesiapa bagi pendapat sedikit tentang situasi saya. Terima kasih.
0