by Maukerja Team
Antara prosedur terakhir dalam proses pengambilan pekerja (recruitment) adalah dengan mengeluarkan surat tawaran (offer letter). Tujuan pengeluaran offer letter ini adalah sebagai pemberitahuan majikan kepada pekerja bahawa mereka bersetuju untuk diambil bekerja.
Selalunya juga pengeluaran offer letter ini sering dianggap sebagai pra-kontrak oleh kebanyakan syarikat, menandakan bahawa pekerja diikat perjanjian untuk berkhidmat dan ada sesetengah juga menganggap ia sebahagian daripada kontrak kerja.
Secara asasnya offer letter berbeza antara satu syarikat dengan yang lain. Bergantung kepada polisi syarikat, sesetengahnya menganggap offer letter itu sama seperti kontrak kerja. Pada hakikatnya offer letter dan kontrak kerja adalah dua benda yang berbeza.
Jika dilihat pada definisi, offer letter merupakan satu dokumentasi yang mengikat persetujuan awal antara pekerja dan majikan. Ia juga dikenali sebagai pra-kontrak yang menandakan pekerja setuju dengan terma serta syarat bekerja bersama majikan.
Kata kuncinya di sini adalah persetujuan awal, di mana ia boleh dikategorikan sebagai pra-kontrak antara pekerja dan majikan. Maka, andai offer letter tersebut mengandungi maklumat perkhidmatan lengkap, ia boleh dianggap sebagai kontrak kerja.
Jadi berdasarkan teorinya, apabila seorang pekerja menandatangani offer letter maka individu tersebut sebenarnya sudah bersetuju untuk berkhidmat dengan majikan dan andai menolak tawaran selepas tandatangan, majikan berhak menuntut ganti rugi.
Tidak kira sama ada pekerja, pegawai sumber manusia (HR) atau majikan sekalipun, adalah sangat penting untuk mengetahui bahawa offer letter memainkan peranan sangat penting dalam pengambilan pekerja.
Oleh itu, penting juga untuk semua pihak mengetahui 6 perkara atau elemen penting yang perlu ada di dalam sebuah offer letter. Seperti dibincangkan di atas, offer letter dan kontrak kerja boleh jadi benda yang sama, maka penting untuk kenal pasti terma persetujuan sebelum menurunkan tandatangan.
Antara perkara atau elemen penting yang ada dalam sebuah offer letter dan perlu dikenal pasti sebelum menandatanganinya adalah seperti berikut:
Jadi dinasihatkan kepada pekerja untuk membaca offer letter dengan teliti dan sampai habis sebelum menurunkan tandatangan. Pastinya pekerja tidak mahu ditindas oleh majikan disebabkan kesalahan diri sendiri yang tidak membaca persetujuan.
Dah Penat Cari Kerja? Klik je di bawah ini dan biar kerja pula yang cari anda!
Pekerjaan Terkenal:
Panduan Kerjaya:
Lokasi: