Hai semuam Saya nak meluah perasaan, saya baru saja interview kerja utk position admin executive siang tadi. Bagi saya HR tidak professional dan banyak provokasi saya berkaitan hal peribadi.
awal2 lagi soalan HR dah cukup buat saya hilang senyum masa mula2 interview. soalan dia
1. kenapa anak hanya seorang? Kenapa tak mahu tambah anak?
- takkan saya nak jawab lebih2, saya datang bukan untuk cerita lebih2 hal peribadi saya
2. Kenapa berhenti tempat lama? Saya pun cuba jawab secara profesional (hendak kembangkan karier) tanpa mengaibkan company lama ( company lama dlu bg saya 4 jawatan kerja ,2 dari tu bukan dari job description asal saya, gaji baru cecah 3k walaupn dh 7++ tahun bekerja syarikat sama, majikan bias terhadap pekerja)
tapi pandai HR twist, dia tanya lagi beberapa soalan - agak2 apa pandangan bos lama saya terhadap saya. saya rasa saya cukup sempurna tak sepanjang kerja di sana?? tolonglah kalau ada sesiapa ada tips boleh jawab soalan mcm ni, ape korang akan jawab?? share pleasee.
3. kemudian dia cakap tentang gaji. Dia cakap gaji yg saya demand terlalu tinggi bagi dia (gaji latest saya rm 3250, saya minta 10-15% tmbahan dari gaji asal ni) . Company mereka mampu bagi RM 3300 sahaja utk yg berpengalaman bekerja. Saya rasa bertambah2 hangin, sebelum mereka panggil interview lagi mereka dah tengok profile saya 3x kot, kat resume pun terang2 saya dh tulis gaji minimum saya nak RM 3600, habis kalau tak mampu bagi gaji banyak tu kenapa panggil saya datang interview??
HR manager siap cakap lagi saya dah tentu akan reject kalau mereka offer saya kerja dengan gaji sebanyak rm 3300 tu sedangkan saya cuma cakap berlapik saya akan fikir semula, belum buat keputusan lagi.
Haih. rasa membazir pulak duit dan masa ke sana tadi. Dahlah bukan senang cari duit modal utk interview tadi.