I****** N*******'s avatar'
I****** N*******2 bulan yang lepasResume Review

Saya rasa kurang mendapat peluang pekerjaan.. perlukah saya buang Master dari resume saya? Saya cuba apply bidang marketing tetapi tidak mendapat tempat kerana penglaman kerja tiada.

Ada laman web atau tempat untuk saya tambah skill saya, terutamnya dalam bidang marketing
0
Wan Norhayati's avatar'
Wan Norhayati2 bulan yang lepas
Jangan buang Master dari resume anda. Sesetengah majikan mungkin memberi keutamaan kepada pemohon yang mempunyai kelayakan lebih tinggi. Anda boleh mencari peluang untuk menambah pengalaman kerja dengan menyertai program latihan atau praktikal dalam bidang marketing. Selain itu, anda juga boleh mencari laman web seperti Coursera, Udemy atau LinkedIn Learning untuk meningkatkan kemahiran anda dalam bidang marketing. Teruskan berusaha dan jangan putus asa, peluang pasti akan datang jika anda tidak berhenti mencari.
0