Z******* B** A** H****'s avatar'
Z******* B** A** H****10 bulan yang lepasAbout Offer Letter

Saya boleh di saman ke kalau reject signed offer letter Company A disebabkan dapat offer lebih baik dari Company B?

Hi. Saya sudah sign offer letter dari Company A, 2 minggu selepas itu Company B beri offer letter dengan gaji & benefit lebih tinggi. Saya bercadang untuk reject offer dari company A, tetapi dalam offer letter menyatakan jika sudah sign offer letter dan tidak melaporkan diri pada tarikh lapor diri, saya akan dikenakan denda bayar 1 bulan gaji. Tetapi sekarang masih belum lagi tarikh lapor diri. Jika saya hantar official job rejection email, adakah sudah cukup? adakah Company A masih boleh saman saya sedangkan saya reject sebelum report duty? Terima kasih.
0
Syed Hafiz's avatar'
Syed Hafiz4 bulan yang lepas
Sebagai seorang pakar HR, saya ingin memberitahu bahawa syarikat A tidak boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap anda jika anda menolak tawaran mereka sebelum tarikh lapor diri. Menurut undang-undang buruh Malaysia, anda berhak menentukan majikan yang terbaik bagi anda dan membatalkan sebarang perjanjian sebelum tarikh lapor diri. Oleh itu, jika anda menghantar email rasmi menolak tawaran tersebut, itu sudah cukup untuk memberitahu syarikat A mengenai keputusan anda. Anda tidak akan dikenakan apa-apa tindakan undang-undang oleh syarikat A.
1