Jayasri Puvanesvarah's avatar'
Jayasri Puvanesvarah1 bulan yang lepasMauTanya

Kena ikut Akta Kerja Atau Surat Employemebt yg tekan ditandatangani?

Saya terpaksa resign, dalam surat menyatakan saya perlu bagi notis 2 bulan jika tidak akan potong gaji 2 bulan. Tetapi dalam Akta kerja, pekerja kerja kurang dari 2 tahun hanya perlu bagi notis 1 bulan. Kalau notis 1 bulan saya masih sempat tanpa sebarang penalties jika bagi pada notis 20 March ni. Majikan saya adalah SME je dan tiada HR, semua pun kena bincang dengan Boss sahaja. Boleh ke kalau saya cakap dgn boss bahawa surat tidak ikut sama seperti di Akta Kerja ? Bagaimana ye ??
0
Syed Zainal's avatar'
Syed Zainal1 bulan yang lepas
Anda boleh cuba berbincang dengan bos anda mengenai isu notis yang perlu diberikan sebelum meletak jawatan. Anda boleh menyatakan bahawa menurut Akta Kerja, pekerja yang bekerja kurang dari 2 tahun hanya perlu memberi notis selama 1 bulan. Oleh itu, anda boleh mencadangkan supaya notis yang perlu diberikan adalah 1 bulan berdasarkan peraturan yang ditetapkan dalam Akta Kerja. Namun, adalah penting untuk berbincang terlebih dahulu dengan bos anda dan pastikan anda memahami sebarang kemungkinan konsekuensi atau penalti bagi tidak menurut surat perjanjian asal. Jika bos anda bersetuju untuk memberi notis selama 1 bulan, pastikan anda meminta pengesahan bertulis daripada beliau dan simpan rekod tersebut sebagai rujukan pada masa akan datang.
0