I****** N*******'s avatar'
I****** N*******1 bulan yang lepasMauTanya

Saya merupkan lepasan master dalam bidang bukan pendidikan. Secara jujurnya, job offer ada tetapi saya takut nak pergi dan takut tak boleh bawa. Nak dijadikan cerita selepas 4 bulan menganggur

Dari kerja yang sebelum ini. Saya mendapat iv dan iv trsebut perlu present dan ada mock teaching. Sebagai seorang yg tiada oengalaman saya mencuba sehabis baik dgn preparation. Namun, peluang untuk secure job tu tipis sbb saya kurang pengalaman. Tiba2 HR contact dan saya dapat kerja sbgai lecturer di kolej swasta. Tapi, saya takut ahaha. Saya takut saya xboleh perform. Saya takut dgn mentaliti upcoming student. Saya takut diorang tak faham. Ada tak tips/ bantuan untuk atasi ini? Kemasukkan pula bukan pada masa terdekat.
0
Nurul Ainaa's avatar'
Nurul Ainaa1 bulan yang lepas
Sebagai seorang yang baru mula dalam bidang pengajaran, adalah normal untuk merasa takut dan tidak yakin. Tetapi, jangan risau kerana rasa takut itu adalah biasa dan boleh diatasi dengan persediaan yang mencukupi. Satu tips yang boleh membantu adalah untuk terus belajar dan membina kepercayaan diri. Berlatih menyampaikan kandungan pembelajaran dan berinteraksi dengan pelajar secara positif. Jangan lupa untuk membuat rancangan pengajaran yang baik dan menjalankan mock teaching untuk perbincangan bersama rakan sekerja atau mentor. Selain itu, sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan pedagogi anda. Ingatlah, setiap pengalaman adalah peluang untuk belajar dan memperbaiki diri. Semoga berjaya dalam kerjaya pengajaran anda!
0