F****'s avatar'
F****1 bulan yang lepasMauTanya

Masuk hospital operation

Masuk hospital operation

Saya nak tanya saya sekarang masih dalam fasa contract 3 bulan dengan company dan akan tamat pada 22/4/2024 tapi saya decide untuk buat operation kerana kurang kerja nak di bandingkan dengan bulan 5 yang mempunyai banyak kerja. Untuk pengetahuan saya telah pon sign untuk permanent cuma belom officials lagi sebab tempoh contract masih ada. Dr memberi tahu saya tempoh recovery 2 minggu dan akan diberi mc. Saya telah berbincang dan HR berkata saya akan di kenakan unpaid sepanjang tempoh mc saya tu. Saya hairan sebab dalam appointment letter ketika contract 3 bulan ada tertulis “You will be entitled to Sick Leave as per Employment Act.
You are entitled to Medical Benefits and are covered under Group Hospitalization & surgical benefits and the group personal insurance “. Tapi Hr beritahu saya akan unpaid under contract time sampai 21/4/24 dan unpaid sebagai permanent after 22/4/24 sampai habis tempoh mc saya . Saya nak tanya boleh m ke berlaku sedemikian?

1
Iskandar Faisal's avatar'
Iskandar Faisal1 bulan yang lepas
Tindakan yang diambil oleh HR adalah tidak selaras dengan hak pekerja mengikut Akta Pekerjaan. Pekerja sepatutnya diberi cuti sakit dan di bawah perlindungan insurans hospitalisasi sekumpulan semasa tempoh MC. Pekerja berhak untuk mendapat gaji penuh semasa berada dalam tempoh cuti sakit yang diluluskan oleh doktor. HR harus mematuhi undang-undang pekerjaan yang berkuat kuasa dan memberi faedah yang sepatutnya kepada pekerja yang memerlukan cuti sakit. Pekerja boleh merujuk kepada Akta Pekerjaan 1955 untuk maklumat lanjut mengenai hak cuti sakit mereka.
0