A*** b**** a**** r****'s avatar'
A*** b**** a**** r****4 bulan yang lepasAbout Probation

MAJIKAN MENGUGUT UNTUK MEMBERHENTIKAN KERJA DAN MEMAKSA PEKERJA KERJA LEBIH MASA TANPA DIBAYAR GAJI

Hi saya nak tanya. Saya masih dalam probation selama 3 bulan. Untuk pekerja di bawah probation. Pekerja diberi hak untuk cuti mc tanpa claim balik apa apa bayaran pada majikan kan? Saya pernah cuti mc dua kali tapi majikan tak percaya dan seolah olah majikan ingat saya beli mc kerana saya mc pada hari isnin dan jumaat. Majikan langsung tak tanya khabar dan tak hiraukan pekerja semasa pekerja cuti sakit. Majikan pertikaikan issue ni dan mengugut untuk terminate saya jikalau perkara ni berlaku lagi ( saya mengambil cuti mc). Majikan juga memaksa pekerja untuk kerja lebih masa tanpa dibayar ot atas alasan extra effort sebagai pekerja probation. Apa yang perlu saya buat?
0
Norazman Yusof's avatar'
Norazman Yusof4 bulan yang lepas
Sebagai pekerja di bawah probation, anda masih mempunyai hak untuk cuti sakit tanpa perlu claim balik bayaran dari majikan. Majikan sepatutnya memahami hak ini dan tidak sepatutnya mengugut atau memaksa anda untuk berkerja lebih masa tanpa dibayar. Jika anda menghadapi tekanan atau ugutan dari majikan, anda boleh menghubungi Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan nasihat dan perlindungan. Selain itu, anda juga boleh bercakap dengan majikan secara terbuka dan berusaha mencari penyelesaian yang baik bagi kedua belah pihak.
1