Fatin Shazwani Abd Hakim's avatar'
Fatin Shazwani Abd Hakim1 bulan yang lepasAbout Salary & Benefits

Gaji atau Komisyen Yang ke Hold Oleh Majikan, dan hanya bekerja sebagai sales assistant

bolehh ke majikan hold gaji atau komisyen pekerja?situasi dia, saya hanya bekerja sebagai sales assistant dan gaji hanya RM1500 basic. tetapi majikan buat notis berhenti selama 2 bulan..lama bagi saya, dan untuk pindah ke syarikat lain, mungkin mereka akan memilih candidate yang notis lebih awal daripada saya. Jadi saya membuat keputusan untuk berhenti dan meletak notis selama 1 bulan, dan 1 bulan lagi saya kena bayar notis tu..majikan bertindak dengan hold gaji dan komisyen saya. jadi saya nak tanya, boleh ke majikan bertindak begitu?Dipihak saya, terasa teraniayai kerana, majikan bertindak dengan mengambil tempoh notis yang lama sedangkan saya hanya berjawatan rendah sahaja.
0
Syuhada Nur's avatar'
Syuhada Nur1 bulan yang lepas
Menurut undang-undang buruh Malaysia, majikan tidak sepatutnya menahan gaji atau komisyen pekerja yang masih bekerja dalam tempoh notis berhenti. Majikan perlu membayar gaji penuh dan komisyen yang telah diperoleh oleh pekerja sehingga tarikh akhir tempoh berkhidmat. Sekiranya majikan bertindak menahan gaji atau komisyen pekerja, pekerja berhak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa yang berkaitan seperti Jabatan Tenaga Kerja. Oleh itu, dalam situasi ini, majikan sepatutnya membayar gaji dan komisyen anda sepenuhnya tanpa menahan sebarang bayaran.
0