Boleh ke resign sebab mental health drop tapi still dalam probation
Hi, saya dah bekerja selama sebulan tapi saya tak boleh go dengan kerja tu. Saya kerap menangis sebab stress dengan kerja ni. Saya jadi kemurungan. Saya jauh dari family, saya takde tempat nak meluah. Kawan kawan di tempat kerja pulak lepas tangan, sedang kan saya budak baru dan takde basic mengenai kerja tu. Jadi boleh ke kalau saya resign tapi still dalam probation?
But dalam offer letter :
- Sebelum disahkan jawatan anda tidak boleh meletakkan jawatan atau membayar semula gaji pokok bagi tiga (3) bulan
tempoh percubaan.
- Satu (1) bulan notis bertulis (setelah disahkan dalam jawatan)
atau membayar satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis.
So kalau saya ada surat yang menyatakan saya ada mental health dari pihak klinik ataupun hospital, boleh ke saya resign dalam tempoh probation atau
saya tetap kena habiskan probation 3 bulan?